Khamis, 29 Ogos 2013

BENDA YANG PALING MAHAL DI DUNIA

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..

Hari ini aku nak main soal jawab sikit. Senang je. Soalannya adalah.......
  
Apakah benda yang paling mahal di dunia ini???
 
Jawapannya adalah 'Hati yang Tenang'....
 

Mengapa pulak hati yang tenang boleh menjadi benda yang paling mahal di dunia?
 
 
 
 
Jawapannya adalah kerana manusia sanggup berbelanja besar untuk menenangkan hati mereka. Mereka tidak kisah jika terpaksa mengeluarkan duit yang banyak semata-mata untuk menenangkan dan mengembirakan hati. Dalam pada masa yang sama, pelbagai cara yang telah dilakukan untuk mereka menenangkan hati. Ada yang pergi menuntut ilmu, ada yang pergi ke masjid, ada yang pergi melancong dan ada pelbagai cara lagi yang boleh dilakukan. 
 
Perkara tersebut masih lagi boleh di terima syara'. Namun yang membuatkan diri ini merasa sedih dan kecewa adalah kerana terdapat segelintir daripadanya yang melakukan benda-benda yang menyalahi hukum seperti mereka yang pergi ke kelab-kelab malam, mengambil dadah, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan tanpa ada sebab yang membolehkannya dan pelbagai gejala-gejala sosial yang berlaku hanya untuk mencapai satu matlamat iaitu menenangkan hati. Walaupun adakalanya mereka tidak sedar akan tujuan sebenar mereka berbuat begitu, alasan mudah yang mereka berikan adalah mereka nak enjoy atau bersuka ria, atau dengan erti kata lain mereka ingin mengembirakan hati mereka. 
 
Semuanya berkait rapat dengan hati kerana hati lah punca segalanya.
 
Jawapan yang kedua adalah kerana hati yang tenang juga bukan mudah untuk diperolehi. Kita mungkin mampu membeli rumah yang besar, memiliki kereta yang mahal atau mengahwini isteri yang cantik. Tapi belum tentu hati kita akan menjadi tenang setelah memiliki semua itu. Silap-silap rumah yang kita miliki mungkin menjadi 'neraka mini' jika kita tidak dapat mengendalikannya dengan baik. 
 
Sengaja aku membangkitkan soal hati ini kerana ia merupakan satu nikmat yang sangat berharga yang dikurniakan kepada kita selain nikmat iman dan Islam. Jika kita ada kereta yang mahal sudah tentu kita akan menguncinya di dalam garaj dan kalau kita ke mana-mana sudah tentu kita akan memasang dengan sistem penggera yang canggih untuk mengelakkannya dari di curi orang.


Tetapi, amatlah jarang untuk kita menjaga hati dengan sebaik-baiknya. Menjaga hati bukan seperti menjaga kereta. Hati kita tidak akan di curi secara fizikal tetapi ia akan berlaku tanpa kita menyedarinya. Hati kita akan dicuri oleh nafsu dan syaitan. Nafsu dan syaitan yang menjadi pencuri paling besar dalam diri kita dan kalau kita tidak menjaganya betul-betul, kita akan melihat mangsa-mangsa yang telah dicuri hatinya di kelab-kelab malam, di 'pusat' membeli belah dan di tempat-tempat yang bersamaan dengannya.
 

hati, renovate hati, muhasabah diri, hati yang rosak



Benarlah apa yang disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:
 

"Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging, sekiranya baik daging itu, maka baiklah seluruh diri manusia itu. Sekiranya buruk daging itu, maka buruklah seluruh diri manusia itu. Ketahuilah, bahawa ia adalah hati."


Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas rahimahullah:

"Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandungannya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang. Ketiga, bangun (beribadat) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada ALLAH (beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh."
 http://kum-pun.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...