Dalam
perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali.
Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan
kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.
Dan
sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa,
masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih
ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan
majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.
Hidup
ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan
impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai
keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai.
Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak
kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup
ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau
harus-harus yang lain.
Betapa banyak orang yang berjaya tetapi
lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya
sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering
tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan
adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat
kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.
Apa
yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau
kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik
kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita
atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.
“Tiada
suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu
sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami
menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita
terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu
gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak
menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri..” (Surah Al-Hadid: 22-23)
Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!
- Artikel iluvislam.com
MindaRakyat Tidak dikemaskini, sila ke 1 Media - https://www.1media.my/
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan