Ramai yang tertipu dengan perniagaan atas talian
Penipuan sering kali terjadi kepada
kita, tak kira la sedar atau tidak sedar, boleh dikatakan semakin hari
semakin menjadi kes penipuan yang dilaporkan media, pelbagai teknik atau
cara baru yang digunakan mereka yang tidak bertanggungjawab untuk
menipu mangsa-mangsanya.
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK)
Bukit Aman mengenal pasti 12 jenis penipuan popular di Malaysia yang
digunakan golongan penjenayah kolar putih.. Antaranya :-
1. Jual beli tanah
Modus operandi: Anggota sindiket
berpura-pura hendak menjual tanah yang kononnya berpotensi dijadikan
tapak kilang atau tanah pertanian. Harga ditawarkan lebih murah
berbanding harga pasaran, menyebabkan ramai terpengaruh. Mangsa
ditunjukkan geran tanah sebagai bukti dan diminta membuat pembayaran
tunai. Mangsa hanya menyedari tertipu apabila mendapati geran tanah
diberikan sebenarnya palsu selepas di periksa dengan pejabat tanah dan
tanah ditawarkan itu milik orang lain.
2. Tawaran pakej haji dan umrah
Modus operandi: Sindiket menyamar
kakitangan Lembaga Tabung Haji atau wakil syarikat agensi pelancongan
yang menawarkan pakej haji serta umrah pada harga murah dan cepat.
Namun, selepas mangsa membuat bayaran, pakej ditawarkan didapati tidak
wujud. Ada mangsa menyedari ditipu selepas ada dilapangan terbang dan
bersedia memulakan perjalanan.
3. Bomoh buang sial
Modus operandi: Dalang mendakwa mangsa
ada sial, roh jahat atau nasib malang dan berkebolehan mengubah keadaan
itu jika mangsa menjalani upacara rawatan khas membuang badi. Proses
rawatan biasanya mengambil masa lama dan mangsa perlu membuat bayaran
ditetapkan. Mangsa hanya sedar tertipu apabila tiada perubahan pada diri
dan bomoh menghilangkan diri. Ada juga mangsa wanita dicabul dan
ditiduri.
4. Jual beli kereta
Modus operandi: Sindiket mencari mangsa
yag memiliki kereta tapi belum menyelesaikan pinjaman atau bermasalah
membuat bayaran ansuran dengan bank. Mereka menawarkan bantuan kononnya
boleh menjual kereta mangsa dan menyelesaikan urusan pinjaman dengan
bank. Mangsa menyedari ditipu apabila pihak bank terus membuat tuntutan
bayaran atau menerima saman lalu lintas. Selepas melakukan pemeriksaan,
mangsa akhirnya mendapati keretanya tidak dijual, manakala anggota
sindiket penipuan menghilangkan diri bersama kereta.
5. Menyewa tanah untuk pembinaan pencawang telekomunikasi
Modus operandi: Menyamar sebagai wakil
syarikat telekomunikasi seperti Celcom atau Maxis yang kononnya ingin
menyewa tanah untuk didirikan pencawang. Mangsa ditawarkan bayaran sewa
bulanan tidak kurang RM10,000. Bagaimanapun, mangsa diminta menyerahkan
geran tanah, membuka akaun bank baru kononnya untuk memudahkan bayaran
sewa dan diminta mengeluarkan semua duit simpanan dengan alasan untuk
mengelak cukai pendapatan. Selepas duit diserahkan, mereka menghilangkan
diri. Kebanyakkan mangsa adalah penduduk dikawasan kampung.
Penipuan SMS sudah lama berleluasa
6. Menang hadiah utama loteri
Modus operandi: Dalang sindiket biasanya warga Indonesia yang bijak berlakon kononnya mereka memenangi hadiah utama. Anggota sindiket, termasuk wanita, mencari mangsa dikawasan awam, terutama wanita yang banyak memakai barang kemas pemilik kereta mewah dan juga wanita Umno.
Mereka mendakwa tidak boleh menuntut
hadiah kemenangan kerana mereka warga asing, lalu menawarkan mangsa
tiket loteri mereka dengan meminta bayaran sebanyak RM10,000 atau lebih.
Biarpun jumlah itu besar, ia dikatakan jauh lebih rendah berbanding
hadiah kemenangan yang kononnya RM200,000. Jika mangsa kekurangan tunai,
mangsa boleh menyerahkan barang kemas dengan nilai dikehendaki.
Bagaimanapun, mangsa menyedari ditipu apabila mendapati tiket
loteri/ekor diberikan sebenarnya tiket menggunakan jarum dan gam.
7. Beli barang runcit dengan cek palsu
Modus operandi: Sindiket membeli pelbagai
barangan runcit, namun pembayaran terpaksa dibuat dengan sebahagian
kecil menggunakan tunai, manakala sebahagaian besarnya menggunakan cek,
Mangsa menyedari tertipu apabila mendapati cek digunakan tidak laku,
manakala syarikat dimaksudkan tidak wujud.
8. Menjual barangan yang didakwa daripada Jabatan Kastam
Modus operandi: Sindiket mendakwa
memiliki barangan seperti telefon bimbit, kereta dan komputer yang
hendak dijual dengan harga murah kerana ia kononnya barang lelongan
kastam turut digunakan untuk menyakinkan mangsa.
Mangsa diminta membayar sejumlah wang
sebagai cengkeram atau deposit sebelum barangan dihantar kemudian.
Namun, penghantaran tidak dibuat dan anggota sindiket menghilangkan diri
dengan wang cengkeram.
9. Menang peraduan AF (Akademi Fantasia)
Modus operandi: Menghantar khidmat
pesanan ringkas (SMS) kononnya mangsa bertuah kerana memenangi hadiah
peraduan sebanyak RM9,000 Namun mangsa perlu membuat bayaran ke satu
bank sebanyak RM1,000 terlebih dulu. Mangsa menyedari tertipu apabila
wang RM9,000 yang dijanjikan tidak diserahkan. Polis kesal kerana banyak
kali mengeluarkan kenyataan mengenai penipuan ini, namun orang ramai
masih tidak ambil berat dan sanggup ditipu.
10. Gores dan menang
Modus operandi: Dianggotai sindiket yang
mencari mangsa dirumah, kedai atau tempat awam. Mangsa diberi kad dan
diminta menggores diatasnya untuk mengetahui hadiah dimenangi. Hadiah
dijanjikan termasuk kereta dan wang tunai. Apabila mangsa ingin menuntut
hadiah di premis yang selalunya beroperasi hanya dalam tempoh singkat,
mangsa diminta membuat bayaran tertentu. Seringkali mangsa hanya
menerima hadiah barangan elektrik, kerusi urut atau pinggan mangkuk yang
tidak setimpal dengan wang dilaburkan.
11. Tawaran bantuan kebajikan dan rumah PPRT/kos rendah
Modus operandi: Beroperansi dikawasan
luar bandar dan mangsa biasanya orang tua,miskin atau ibu tunggal.
Anggota sindiket menyamar kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
atau wakil yayasan kebajikan. Mangsa dijanjikan bantuan kewangan tetap
bulanan atau rumah PPRT/kos rendah pada harga potongan lebih 70 peratus.
Untuk memperolehnya, mangsa diminta
mengeluarkan semua wang didalam bank bagi membuka akaun baru atau
membuat sejumlah bayaran, kononnya deposit pembelian rumah. Biasanya,
mereka sangup mengikut mangsa ke pejabat LTH atau bank untuk keluarkan
wang. Ketika urusan membuka akaun bank baru dan mangsa diminta tunggu
diluar bank dan ketika itu anggota sindiket menghilangkan diri.
12. Menang cabutan bertuah dari Hong Kong
Modus operandi: Mangsa menerima SMS
mendakwa menerima hadiah cabutan bertuah wang tunai mencecah RM50,000
yang diadakan di luar negara.Mangsa bagaimanapun, diminta membayar yuran
pemindahan wang kedalam akaun tertentu.Selepas bayaran dibuat, wang
kemenangan dijanjikan tidak di peroleh.
Oleh itu, kita perlulah berhati-hati untuk mengelak daripada menjadi mangsa penipuan.
http://bicarasantai.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan