TIDAK
ada satu pun ciptaan Allah yang sia-sia. Hatta seekor lalat sekalipun
mempunyai kelebihan sebagai mana yang disebutkan dalam Al-Quran, surah
Al-Hajj ayat 73.
Wahai
umat manusia, inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah
mengenainya dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya mereka yang kamu seru
dan sembah, yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat
mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk
membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka
tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka),
lemah yang meminta (dari mendapat hajatnya), dan lemah yang diminta
(daripada menunaikannya). [22:73]
PENGUIN, adalah haiwan yang hidup di kutub-kutub bumi, di kawasan yang suhunya amat tinggi dalam cuaca yang sangat sejuk. Jauh dari kehidupan manusia, kadang-kadang kita lupa untuk melihat apa hebatnya dalam penciptaan penguin.
Berbicara
tentang penguin, kenapa penguin menjadi pilihan di kalangan
haiwan-haiwan yang ada di muka bumi Allah ini. Umumnya, kita melihat
penguin tidak boleh terbang atau boleh dikatakan terbang dengan cara
penguin itu sendiri. Bayangkan seekor penguin kecil terbang, terbang
dalam kadar yang tidak begitu tinggi. Namun, masih mampu terbang masuk
dan keluar dari laut. Namun, apa yang menarik tentang penguin ini,
bagaimana penguin ini mampu memberi contoh kepada kita untuk menjadi
seorang murabbi yang sukses.
Untuk seekor
penguin betina, ia akan bertelur sebutir telur sahaja.Selepas bertelur,
penguin jantan akan mengerami telur itu. Penguin jantan berusaha
melaksanakan tugasnya selama 65 hari tanpa bergerak pada suhu serendah
minus 30-40 darjah celcius. Apabila anaknya hampir menetas, penguin
betina segera akan mencari makanan untuk anaknya itu. Setelah mengeram
lebih dua bulan, penguin jantan akan kehilangan sepertiga berat
tubuhnya. Setelah telur menetas, bayi penguin akan diletakkan di antara
kedua-dua kaki induknya selama satu ke dua bulan. Perlindungan ini amat
penting untuk anak penguin kerana anak penguin akan mati sekiranya ia
meninggalkan tempat yang hangat ini selama beberapa minit shaja.
65 hari,
penantian selama itu, pasti membosankan bagi manusia. Penguin, haiwan
yang patuh kepada tugas yang diilhamkan Allah menjalani pengorbanan ini
dengan setia. Allah, yang bersifat Maha Pelindung kepada
hamba-hambaNya,maka Dia jualah yang mengilhamkan kepada penguin
bagaimana untuk melindungi anaknya ini dengan cara ini.
Sungguh
mengagumkan, bagaimana penguin jantan bertanggungjawab melindungi
anaknya sehingga anak itu mampu survive atau hidup berdikari. Dalam
konteks dakwah dan tarbiyyah, tugas penguin jantan ini samalah ibaratnya
dengan tugas seorang murobbi. Adalah merupakan tanggungjawab seorang
murobbi itu mendidik ‘anak’nya sehingga anak itu mampu berdikari dan
survive dengan persekitarannya. Berdikari yang di maksudkan adalah mampu
menangkis jahilliyah yang datang menyerang dalam pelbagai cara dan
memahami yang hak dan yang batil. Anak itu perlu fahami tugasnya sebagai
abid dan khalifah di bumi Allah.
Dalam
melaksanakan tanggungjawab tersebut murobbi itu perlu bersedia untuk
berkorban sepertimana penguin jantan berkorban untuk tidak makan selama
beberapa bulan. Tidak makan dalam konteks seorang daie bukanlah tidak
menjamah makanan, tetapi berkorban mengetepikan keselesaan kita demi
membentuk dan membesarkan mutarobbi itu. Kerana tugas murobbi itu,
melindungi mutarobbi dari segala fitnah jahilliyah dan persekitaran yang
boleh mematikan mereka. Tugas murobbi untuk menempis segala bahaya atau
ancaman yang mahu memakan mutarobbi yang kita jaga.
Setiap hamba
harus mematuhi arahan tuannya, dengan mematuhi segala perintah dan
menjauhi larangan-Nya. Sebagai hamba, kita harus fahami tugas kita
sebagai khalifah merangkap murobbi untuk mendidik umat manusia ke arah
Islam. Allah telah memilih hambanya sesuai dengan kemampuan hambanya
itu. Ayuh, sambut seruan menjadi murobbi sukses, sehebat penguin tadi.
Sumber: dakwah.info
Tiada ulasan:
Catat Ulasan