Perseid adalah hujan meteor yang lebat dan dikaitkan dengan komet
Swift-Tuttle. Perseid dikenali sebegitu kerana punca dari mana ia
kelihatan berasal, atau dikenali sebagai radian, terletak dari gugusan
Perseus. Namanya diambil sempena sebahagian dari nama Perseides, satu
istilah yang terdapat dalam satu mitos Greek, merujuk kepada waris
Perseus.
Satu aliran puing-puing yang dikenali sebagai awan Perseid dan mengunjur
sepanjang orbid komet Swift-Tuttle. Kelompok awan ini terdiri daripada
jisim yang dirembes oleh komet ketika ia mengembara pada orbit selama
130-tahun.
Kebanyakan dari debu dalam awan tersebut hari ini berusia sekitar seribu
tahun. Bagaimanapun, terdapat juga jaluran utasan habuk yang agak baru
dalam aliran itu yang tersingkir dari komet pada tahun 1862.Kadar
jaluran utasan yang berasal dari meteor ini adalah lebih tinggi
berbanding bahagian aliran lebih lama.
Hujan meteor ini muncul pada pertengahan bulan Julai setiap tahun,
memuncak pada 9 hingga 14 Ogos bergantung kepada tempat munculnya hujan
meteor tersebut. Semasa kemuncak, kadar meteor ini boleh mencecah 60
atau lebih sejam. Hujan meteor ini biasanya boleh dilihat di mana-mana
bahagian langit, tetapi oleh kerana laluan komet Swift-Tuttle, Perseid
akan lebih aktif di kawasan hemisfera utara.
Sebagaimana semua hujan meteor lain, kadar ini mencapai tahap tertinggi
pada waktu sebelum subuh, kerana bahagian Bumi paling hampir mengadap
matahari mengaut lebih banyak meteor ketika Bumi bergerak melalui
angkasa. Pada tahun 2009, Kadar Kemuncak Sejam ("Zenithal Hourly Rate")
adalah 173, tetapi cahaya meteor yang lebih malap dilunturkan oleh sinar
cahaya bulan purnama.
v12gether.blogspot.com
I afraiddddd!
BalasPadam