Jumaat, 3 Mei 2013

Resepi Cara Masak Mee Hailam (Sedap!

Malaysia mempunyai pelbagai jenis mee, dan ada di antaranya makanan budaya luar negara. Namun pada hari ini kita akan belajar cara memasak mee hailam yang sememangnya antara pilihan yang paling sedap untuk dinikmati. Resepi Mee Hailam.

 





Bahan-bahan ( Hidangan untuk 4 )
  • 1/2 kg. mee kuning
  • 1/4 kg daging ayam dan daging lembu
  • 10 ekor udang (sedang)
  • 3 ulas bawang putih ( ditumbuk)
  • 3 ulas bawang merah ( ditumbuk)
  • 1 sudu besar cilibo
  • 1 ikat sawi hijau
  • 1 potong kobis
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1 bungkus ‘baby corn’
  • 2 tangkai daun sup dan daun bawang
  • 2 biji limau nipis
  • Sos cili dan sos tomato Kicap
  • 1 sudu tepung jagung dibancuh dengan setengah cawan air

Cara-cara

  1. Ayam dan daging direbus bersama 4 cawan air.
  2. Tumis bawang (putih dan merah) yangtelah ditumbuk sehingga naik baunya. Kemudian masukkan cilibo dan kacau hingga garing.
  3. Masukkan udang dan rebusan daging serta ayam tadi.Tambah garam, ajinomoto serta sedikit gula (secukup rasa). Masukkan lobak merah,’baby corn’ dan kobis.Masukkan pula sawi dan mee.Tuangkan sos cili dan sos tomato ke dalam ramuan tadi.
  4. Tuangkan pula tepung jagung yang telah dibancuh bersama air dan kacau.
  5. Akhir sekali masukkan kicap dan gaulkan sehingga masak. Untuk menghidangnya, taburkan sedikit bawang goreng, daun sup dan daun bawang serta hirisan limau nipis.
Melayukini.net – Jangan terlalu banyak memasukkan air untuk mengelakkan kuah hailam menjadi terlalu cair.
Sumber: My Resepi |

9 ulasan:

  1. My favourite nih...TQ sharing...

    BalasPadam
  2. nasib baik ader recepi tok suami tersayang... mengidam bukan2... sayang punyer pasal.. ibu sanggup masak....

    BalasPadam
  3. sedap....terliur sy..nk try la msk utk fmly..mst suke,,tq=)

    BalasPadam
  4. Makanan kegemaran saya..tapi x penah confident nak masak sendiri..
    tapi, tgk resepi ni macam simple je..nak try la..harap2 menjadila..hehe

    Jemput ke blog saya

    http://norzuryati.blogspot.com

    ~ perkongsian tentang kisah hidup, anak2, aktiviti seharian, tips kesihatan, kecantikan dan lain2..

    Moga dapat manfaat daripadanya..insyaAllah..

    BalasPadam
  5. wah sedap...esk nk try buat.tq share resepi.

    BalasPadam
  6. Mee hailam! Feveret mak saya.. kdg2 mkn kt kedai x sedap pon. Blh la cuba resepi ni. Thanks sharing :)

    BalasPadam
  7. one day nak cuba mee hailam ni.tq lynnradzi.blogspot.com

    BalasPadam
  8. Selalu buat mee hailam..tp resepi ni yg best sekali

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...