Semakan kami berdasarkan data Bank
Negara Malaysia (BNM), simpanan aset luar negara Malaysia bernilai lebih
daripada RM500 bilion ketika ini, satu angka yang agak besar.
Besar……Belum campur yang lain-lain lagi. Walaubagaimanapun, kalangan
pakar analisis ekonomi ada juga memberikan nasihat, pandangan agar semua
hasil negara diuruskan dengan baik dan berhemah bagi mengelak sebarang
kemungkinan risiko fiskal & kejutan ekonomi kuat seperti kegawatan
ekonomi.
Hutang negara yang ada ketika ini, ramai
yang mengatakan sebenarnya tidak memberikan impak besar kepada negara
Malaysia ketika ini. Ada benarnya….Kami bersetuju. Tetapi!!
Yang menjadi persoalannya sekarang,
mengapa dalam masa 5 tahun sahaja hutang negara Malaysia hampir mencecah
RM250 bilion. 5 tahun sahaja sudah hampir mencecah RM250 bilion hutang
Malaysia? Hasilnya kepada negara & rakyat Malaysia ?
- Hutang Malaysia Tahun 2008 : RM306.437 bilion
- Hutang Negara Akhir Tahun 2009 : RM348.6 bilion
- Hutang Negara Akhir Tahun 2010 : RM390.356 bilion
- Hutang Negara Akhir Tahun 2011 : RM438.467 bilion
- Hutang Malaysia Suku Kedua 2012 : RM476.68 bilion
- Hutang Kerajaan Suku Ketiga 2012 : RM484.621 bilion
- Awal Suku Keempat 2012 : RM505.7 bilion
- Suku Pertama 2013 : Sekitar RM547.79 bilion
Jikalau ada usaha-usaha penurunan tidak
mengapa lagi. Malangnya angka hutang negara Malaysia yang diperlihatkan
terus meningkat dan meningkat! Sehingga kini, Berita Semasa belum nampak
lagi sebarang kesungguhan untuk mengurangkan kadar perbelanjaan
walaupun kadar sumber pendapatan tidak berkembang. Terima kasih kepada Petronas. Nasib baik ada Petronas.
Hutang Kerajaan Malaysia Suku Ke 3 & Suku Ke 4 2012?
Selepas kemaskini Bank Negara untuk suku pertama tahun 2013 pula, angkanya akan menghampiri data seperti di atas. Nantikan!
Sumber : Bank Negara Malaysia
Hasil Negara (Mengikut Semakan Data Perbendaharaan Negara)?
- Tahun 2000 – 61,864 (kenaikan 5.4%)
- Tahun 2001 – 79,567 (kenaikan 28.6%)
- Tahun 2002 – 83,515 (kenaikan 5.0%)
- Tahun 2003 – 92,607 (kenaikan 10.9%)
- Tahun 2004 – 99,396 (kenaikan 7.3%)
- Tahun 2005 – 106,305 (kenaikan 7.0%)
- Tahun 2006 – 123,547 (kenaikan 16.2%)
- Tahun 2007 – 139,885 (kenaikan 13.2%)
- Tahun 2008 – 159,794 (kenaikan 14.2%)
- Tahun 2009 – 158,639 (Penurunan -0.7%)
- Tahun 2010 – 159,653 (kenaikan 0.6%)
- Tahun 2011 – 185,419 (kenaikan 16.1%)
Sumber : Perbendaharaan Negara
Bajet Kerajaan Malaysia 2008 – 2011?
Perbelanjaan defisit adalah satu perkara yang tidak sepatutnya terjadi dalam pengurusan kerajaan kecuali, kecuali…..kerajaan cuba memikirkan jalan terbaik untuk menangani hutangnya. Realitinya?Semua angka dalam bilion
- Tahun 2008 – RM176.9 (Belanjawan Diluluskan) & RM195.0 (RM 18.1 Belanja Melampaui Kelulusan)
- Tahun 2009 – RM206.0 (Belanjawan Diluluskan) & RM207.9 (RM1.9 Belanja Melampaui Kelulusan)
- Tahun 2010 – RM191.5 (Belanjawan Diluluskan) & RM203.0 (RM11.5 Belanja Melampaui Kelulusan)
- Tahun 2011 – RM212.0 (Belanjawan Diluluskan) & RM228.0 (RM16.0 Belanja Melampaui Kelulusan)
Jumlah Belanja Melampaui Kelulusan (RM Bilion) : RM47.5 bilion
Sumber : Perbendaharaan Negara
Kalau ikutkan sebenarnya, rakyat
Malaysia perlu benar-benar risau apabila hutang negara sudah meningkat
kepada 65%% KDNK negara ini. Sebabnya?
- Kebanyakan hutang negara Malaysia ketika ini, kebanyakannya adalah pinjaman yang disokong pihak kerajaan Malaysia
Pinjaman yang disokong pihak kerajaan
Malaysia? Jadi…daripada mana datang hutang yang telah mencecah RM549.267
bilion ketika ini? Sebenarnya Malaysia ada undang-undang yang mana kerajaan Malaysia hanya boleh meminjam dengan jumlah kecil untuk pinjaman luar negara.
Oleh itu, semua hutang lain mesti dipinjam dalam negara. Hutang Malaysia yang terkumpul setakat ini majoritinya adalah daripada ‘domestic loan” (hutang dalam negara)
Jikalau hutang dalam negara, maknanya
kerajaan Malaysia berhutang dengan rakyat Malaysia. Kami, anda dan kita
semua yang bergelar rakyat Malaysia. Mana datangnya sumber duit
tersebut? Kerajaan Malaysia pinjam daripada mana?
Jadi, bank-bank akan beli hutang daripada kerajaan. Kerajaan hutang bank ambil alih.
- KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja)
- KWAP (Kumpulan Wang Amanah Pencen)
- PNB (Permodalan Nasional Berhad)
- Bank-bank (Maybank, CIMB, RHB) yang rakyat Malaysia letakkan deposit mereka di bank-bank tersebut
- bank beli terbitan bon daripada kerajaan Malaysia, manakala kerajaan akan mendapat laba besar untuk tujuan pengurusan dan perbelanjaan negara
- Kerajaan pastinya akan dibayar dengan kadar faedah yang lebih tinggi
Apabila hutang negara Malaysia semakin
meningkat, makin naik, makin naik. Apabila mengalami kesukaran utnuk
membayar kembali hutang milik anda semua, nah….itu sebabnya kita akan
mendengar pelaksanaan dasar seperti :
- menaikkan had umur persaraan kakitangan awam dan swasta kepada 60 tahun
- dengan harapan lebih banyak lagi simpanan terkumpul dalam KWSP
Jadi persoalannya sekarang, mengapa
terlalu banyak hutang yang telah dibuat kerajaan Malaysia yang
adakalanya dilihat berlebihan ketika berbelanja? Sebenarnya bagi kami
rakyat Malaysia, tiadalah kami menghalang menggunakan dana rakyat
Malaysia di KWSP contohnya tetapi harapan kami janganlah membazir untuk perkara-perkara yang tiada keperluannya utnuk rakyat Malaysia.
Gunakanlah di jalan yang betul dan sentiasa berjimat cermat, dahulukan segala keperluan untuk rakyat Malaysia bukannya untuk orang lain.
Dan…sebelum kami terlupa, kepada kerajaan Malaysia jangan “lupa”
membayar semula terbitan bon berserta dengan kadar faedah mengikut
tempoh matang yang telah dipersetujui, supaya rakyat Malaysia tidak
terus terkena tempias yang lebih teruk kelak. Hutang tetap hutang. Apa
pandangan anda pula?
beritasemasa.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan