Tetapi ianya memang kelihatan berwarna hitam apabila dilihat dari
jauh dan ternyata kewujudannya penuh dengan misteri. Sekali pandang, ia
hanyalah gunung biasa, dipenuhi batu granit yang membentuk gua-gua kecil
yang menjadi habitat bagi pelbagai jenis hidupan liar seperti katak
bukit, walabi, ular, kelawar dan sebagainya.
Namun disebalik zahirnya yang kelihatan biasa itu, tersimpan pelbagai
peristiwa yang masih belum terungkai sehingga kini.Sayang sekali kerana
belum ada individu yang dapat menceritakan rahsia Gunung Hitam secara
jelas. Ini kerana, setiap yang melangkah masuk ke kawasan Gunung Hitam
akan hilang tanpa meninggalkan kesan atau hilang akal jika terselamat.
Pada Tahun 1877, seorang pengembara yang menaiki kereta kuda telah
melalui kawasan gunung tersebut. Dengan tiba-tiba roda kereta kudanya
tertanggal dan kereta kudanya pun terbabas. Dia kemudiannya turun untuk
memeriksa dan sejak itu dia tidak ditemui lagi.
Hanya bangkai kereta kudanya yang ditemui. Pengembara itu dan
kuda-kudanya telah hilang entah ke mana. Ini berdasarkan kesan tapak
kakinya mereka yang ditemui menunjukkan kehilangan mereka secara
tiba-tiba. Malah tiada tanda-tanda mereka diserang binatang buas atau
berjalan ke tempat lain.
Tiga Belas Tahun kemudian, Ketua Polis Cooktown, Sarjan Isaac sedang
mengejar seorang penjenayah hingga ke Gunung Hitam. Sebaik ternampak
musuh yang dijejaki itu memasuki salah sebuah gua, Isaac pun
mengekorinya. Hingga ke hari ini, kedua-dua mereka tidak diketahui
nasibnya.
Kemudian seorang bekas komando diupah untuk mencari Isaac, tetapi dia
juga lenyap tanpa khabar berita. Misteri satu demi satu kehilangan
itulah yang membuatkan Gunung Hitam bukan saja dipinggirkan tetapi amat
digeruni.
Bagaimanapun, masih ada orang yang berminat untuk mengunjungi kawasan
itu. Salah seorang daripada mereka adalah Harry Owens, pengawal stesen
Cooktown. Beliau pergi ke Gunung Hitam dengan alasan untuk memburu
lembu-lembu liar.
Walaupun dihalang oleh rakan-rakannya, beliau tetap berkeras dan
meneruskan hajatnya. Setelah tidak pulang menjelang malam, rakan-rakanya
segera membuat laporan polis.
Usaha besar-besaran dilakukan oleh pihak berkuasa untuk mencarinya.
Dua orang anggota pencari telah ditugaskan untuk memasuki sebuah gua
yang terdapat disitu dengan berbekalkan peralatan yang lengkap.
Setengah jam kemudian, hanya seorang yang berjaya merangkak keluar dan menyebabkan rakan-rakan mereka yang lain menjadi panik.
Sekalipun pencari itu tidak mengalami sebarang kecederaan, dia tidak dapat menceritakan apa yang telah dialaminya.
Dia seolah-olah kebingungan dan mengalami ketakutan yang amat sangat.
Selepas histeria beberapa lama, dia menghembuskan nafas terakhir tanpa
meniggalkan sebarang maklumat berkaitan peristiwa berlaku di Gunung
Hitam.
Pada tahun 1932 pula, seorang lagi didapati hilang selepas memasuki
salah sebuah gua di Gunung Hitam. Dia yang dikenali sebagai Henry Page
sedang menjalankan kajian tentang kehilangan-kehilangan yang berlaku
sebelum ini.
Kemudian, dua orang pemuda Orang Asli yang mahir tentang ilmu hutan
diupah untuk mencarinya. Malangnya, mereka juga lenyap tanpa berita
padahal mereka terlalu biasa dengan keadaan hutan di situ.
Pihak polis Cooktown kemudiannya menjalan operasi menyiasat dengan
menggunakan pelbagai alatan tercanggih pada masa itu termasuk Live
Camera dan Helicopter bagi mengesan apakah yang terdapat di gua itu.
Nyata semua usaha mereka gagal menemui sebarang kesan seperti mayat,
tulang rangka, pakaian, barang-barang peninggalan mangsa atau sebaginya.
Lebih malang lagi apabila lebih seratus orang yang dilaporkan hilang
dalam operasi itu.
Ada yang berteori mengatakan di gua itu terdapat satu lubang.
Mangsa-mangsa yang hilang mungkin terjatuh ke situ dan gagal dikesan
kerana tiada sebarang cahaya.
Tiba-tiba seorang lagi pemuda di kalangan Orang Asli yang lebih
berpengalaman menawarkan diri untuk memasuki gua tersebut dan menyiasat.
Semua pihak mengharapkan beliau akan membawa pulang sedikit sebanyak
maklumat berkaitan misteri Gunung Hitam.
Apabila tiba dipintu gua yang berkenaan, pinggang pemuda Orang Asli
itu diikat dengan tali dan tali itu dipegang oleh puluhan anggota
penyelamat yang akan menunggu di pintu gua. Beliau pun mencuba nasib
untuk memasuki gua itu berbekalkan lampu picit berkuasa elektrik dan
sepucuk pistol automatik.
Setelah satu jam, beliau pun ditarik keluar dengan tali tersebut.
Sekali lagi semua yang hadir di situ menjadi gempar kerana pemuda Orang
Asli itu sudah tidak dapat menjawap sebarang pertanyaan.
Beliau pun segera dikejarkan ke hospital. Selepas satu minggu menerima rawatan, barulah beliau dapat menceritakan pengalamannya.
” Cahaya lampu masih tidak mencukupi untuk menerangkan seluruh
kawasan di dalam gua itu.Yang saya nampak, hanyalah batu. Semakin dalam
saya memasuki gua itu, semakin terasa panas. Saya menjadi semakin tidak
selesa dan gementar “
” Dalam keadaan itu, tiba-tiba muka saya ditampar. Saya mengandaikan
ianya adalah libasan sayap kelawar yang amat besar. Saya cuba mendongak
untuk melihatnya, tetapi muka saya pula tertempek oleh sesuatu yang
seakan-akan najis “
” Kemudian saya terdengar bunyi desis yang kuat dan bergema di dalam
kegelapan gua itu. Lantas saya teringat pada ular-ular tedung yang
sering saya temui di sekitar Gunung Hitam “
” Saya mengeluarkan pistol yang di bawa, tetapi tiada akal untuk
menembak ke arah mana. Pada saat itu, saya mengalami perasaan takut
teramat sangat yang tidak pernah dialami seumur hidup saya “
” Dalam keadaan genting itu, saya tidak dapat mengingati apa yang
berlaku seterusnya, sehinggalah saya terasa tali yang diikat pada
pinggang saya ditarik dan kemudiannya saya berada di pintu gua semula. “
Malangnya masih belum ada maklumat yang dapat dikaitkan dengan
kes-kes kehilangan sebelum ini. Malah sehingga kini, misteri Gunung
Hitam itu kekal menjadi tanda tanya.Dan cerita yang deperolehi daripada
Pemuda Orang Asli itu juga banyak kekurangannya berdasarkan tempoh masa
yang kejadian itu yang agak lama.
Merujuk kepada penduduk di situ pula, terdapat pelbagai cerita
tentang Gunung Hitam. Ia dianggap amat penting oleh masyarakat Kaum Asli
yang mendiami sekitar kawasan Gunung Hitam itu. Mereka memanggilnya
Kalkajaka yang bermaksud Gunung Kematian.
Terdapat mitos atau lagenda yang dikaitkan dengan misteri Gunung
Hitam itu. Menurut cerita Kaum Asli di situ, pada masa dahulu terdapat
seorang bomoh ilmu hitam yang boleh mengubah dirinya menjadi mengkarung.
Tetapi bagi memenuhi syarat-syarat dalam pengamalan ilmu hitamnya
itu, bomoh itu harus memakan daging manusia. Suatu hari, rahsia bomoh
itu telah terbongkar, dia diusir kerana didapati memakan daging kaumnya
sendiri.
Bomoh itu lari ke Gunung Hitam. Ketika itu hujan turun mencurah-curah
dan kononya dewa telah menghukumnya dengan menyumpahnya menjadi
batu-batu dan kemudiannya batu-batu itu bertukar menjadi hitam selepas
dipanah petir.
Manakala bagi penduduk-penduduk setempat pula yakin yang Gunung Hitam
terbentuk akibat pergaduhan di antara dua beradik berkuasa luar biasa
yang berebutkan seorang gadis.
Dalam pergaduhan itu. mereka melempar dan menggolekkan batu-batu
besar bagi mengalahkan antara satu sama lain. Batu yang bertimbun-timbun
itulah yang kononya membentuk Gunung Hitam.
Bagaimanapun, fakta yang lebih pasti adalah kawasan sekitar Gunung
Hitam telah dijadikan killing field oleh pendatang kulit putih untuk
membunuh kaum Asli Australia pada 500 tahun dahulu.
Sesetengah kaum Asli di situ yakin yang hantu-hantu mangsa pembunuhan
itulah yang membalas dendam atas kekejaman kaum kulit putih dahulu.
Malah keturunan daripada kaum Asli yang cuba untuk membantu kaum kulit putih juga akan turut menerima padah !-cari.com.my
http://xlupa.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan