Selasa, 28 Oktober 2014

Resepi - Asam Pedas Udang

Assalamualaikum
Masak apa ya tengahari ni? Menu berasaskan makanan laut seperti udang pun sedap juga kan. Kalau jemu masak gulai, masak lemak,sambal tumis atau tomyam, apa kata kita cuba masak asam pedas udang. 

Sebenarnya asam pedas udang ni adalah masakan tradisi dari Aceh, dan bahan asas yang di gunakan adalah asam sunti atau belimbing buluh yang di keringkan dengan garam. Di rumah saya sentiasa tersedia stok asam sunti dan di gunakan dalam masakan asam pedas, sama ada asam pedas ikan tongkol atau asam pedas udang dan membuat pais ikan. Yang menariknya kedua-dua asam pedas yang menggunakan asam sunti ini makin terasa enak bila di panaskan hingga kering sedikit dan di nikmati ke esokan harinya. terasa masam manisnya :)

Jika tak ada asam sunti ni, bolehlah di gantikan dengan air asam jawa, ya :)

 
 
 
 
ASAM PEDAS UDANG 

Bahan-bahan
500gram udang segar 
BAHAN BLENDER
4 ulas bawang merah 
4 ulas bawang putih
2cm kunyit hidup
6biji asam sunti (boleh di gantikan dengan semangkuk kecil air asam jawa)
5biji cili besar (merah)
5biji cili padi
1 sudu teh garam 
Gula secukupnya


BAHAN LAIN 
4biji belimbing buluh di belah dua 
3 helai daun limau purut
Daun kesum 
Bunga Kantan 
500ml air

CARA MEMBUATNYA
1. Bersihkan udang

2. Masukkan satu sudu besar minyak kedalam periuk, tumis bahan yang di blender tadi dengan daun kari hingga terbit bau wangi.


3. Tuangkan air, renih sebentar. Kemudian masukkan belimbing buluh, daun limau purut, daun kesum dan bunga kantan.

4. Masak sebentar rasakan garam dan gula serta masukkan udang dan renihkan lagi sehingga pekat dan kuah meresap sebati dengan udang.
Inilah rupa asam sunti iaitu belimbing buluh yang di keringkan dan  di tabur/gaul dengan garam. proses ini mengambil masa lebih kurang seminggu iaitu sehingga belimbing mengecut dan kandungan airnya kering.  Asam sunti ini boleh bertahan sehingga bertahun-tahun jika proses pengeringan nya di lakukan dengan betul.
 fizalgk.blogspot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...