Selain daripada
puasa hari Asyura (10 Muharam) kita juga sangat dituntut untuk berpuasa
pada 9 Muharram, seperti yang telah disebutkan dalam hadis yang
diriwayatkan oleh Imam Muslim:
Rasulullah SAW bertanya: “Berpuasa apakah kamu ini ?”. Jawab mereka, “Hari
ini hari besar, pada hari ini Allah menyelamatkan Nabi Musa dan Bani
Israil serta menenggelamkan Firaun dengan askar-askarnya. Maka Nabi Musa
telah berpuasa sebagai tanda bersyukur kepada Allah kerana itu kami pun
berpuasa.” Sabda Nabi SAW: “Kamilah yang lebih berhak mengikut jejak Nabi Musa daripada kamu.” Dari itu Nabi berpuasa dan menyuruh sahabat-sahabatnya berpuasa pada hari itu.” (Riwayat Muslim dan Ibnu Abbas r.a)
.
Niat Puasa Sunat Muharam
.
Niat puasa Sunat 9 Muharam:
..
Niat Puasa Sunat 10 Muharram:
Kelebihan Puasa Sunat Di Bulan Muharram
Kata Ibnu Abbas r.a.: “Tidak
pernah aku melihat Nabi SAW menanti-nanti puasa pada suatu hari yang
diutamakan lebih daripada hari lain kecuali hari ini, iaitu ‘Hari Asyura’(10 Muharram), dan bulan puasa iaitu Bulan Ramadhan.” (Riwayat Imam Bukhary dan Imam Muslim)
Daripada Abu Qatadah r.a. berkata: “Bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya tentang berpuasa pada hari ‘Asyura (10 Muharram). Baginda menjawab: “Akan dapat mengampunkan dosa setahun yang lalu.” (Riwayat Imam Muslim)
Daripada Ibu 'Abbas r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. maksudnya: "Sesiapa
berpuasa pada hari 'Arafah nescaya terhapus dosanya dua tahun dan
sesiapa berpuasa satu hari daripada bulan Muharram maka untuknya setiap
sehari (mendapat pahala) 30 hari." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)
blog santai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan