Mengucap Dua Kalimah Syahadah
Tentu sekali hati dan perasaannya bercampur-baur, sedih dan gembira. Alhamdulillah, kini sudah jadi Muslim. Terima kasih Ustaz Nazmi Karim!.Jika anda mempunyai kawan-kawan atau saudara-mara yang ingin memeluk Islam, boleh rujuk garis panduan penuh yang disediakan oleh Jabatan Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di sini. Ini kerana, mana-mana orang yang menguruskan pengislaman seseorang yang ingin masuk Islam bertanggungjawab untuk memberi penerangan mengenai Islam, pengertian Dua Kalimah Syahadah, tugas dan kewajipan sebagai seorang Islam. Di sini kami kongsikan sedikit maklumat dalam garis panduan yang diberikan.
Tempat Pengislaman
Sedikit info tambahan, tempat pengislaman Saudara Baru adalah seperti berikut:1) Pengislaman di Pejabat Agama Islam
Seseorang yang masuk Islam di Pejabat Agama akan terus didaftarkan secara rasmi mengikut peruntukan undang-undang.
2) Pengislaman Selain di Pejabat Agama Islam
Seseorang yang menguruskan pengislaman Saudara Baru di luar Pejabat Agama hendaklah segera membawa bersama Saudara Baru ke Pejabat Agama untuk didaftarkan pengislamannya secara rasmi mengikut peruntukan undang-undang.
3) Pengislaman di Luar Negara
Seseorang yang memeluk Islam di luar negara juga perlulah mendaftar pengislamannya di Malaysia setelah kembali ke Malaysia
Apakah Kesan Masuk Islam Bagi Saudara Baru?
Seseorang Saudara Baru tidak akan terputus hubungan kekeluargaan dengankeluarga asal. Mereka boleh bergaul seperti biasa, cuma perlu menjaga perkara yang ada hubung kait dengan hukum-hakam yang telah ditetapkan dalam Islam.1) Status Perkahwinan
Apabila salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan bukan Islam memeluk Islam, maka perbuatan yang demikian tidak boleh dengan sendirinya berkuat kuasa membubarkan perkahwinan itu melainkan sehingga ianya disahkan sedemikian oleh Mahkamah Sivil
2) Hak Jagaan Anak (Hadhanah)
- Mana-mana ibu atau bapa atau penjaga yang masuk Islam dan mempunyai anak atau kanak- kanak dalam jagaannya yang belum mencapai umur lapan belas tahun, boleh membuat permohonan untuk mendaftarkan anak itu sebagai seorang Saudara Baru
- Bagi maksud kaedah ini, “kanak-kanak dalam jagaan” ertinya kanak-kanak yang berumur bawah lapan belas tahun yang dijaga oleh seseorang selain daripada ibu atau bapanya.
- Seseorang yang berumur di bawah lapan belas tahun yang mana ibu, bapa atau penjaganya bukan beragama Islam, setelah mendapat keizinan salah seorang dari mereka, hendaklah membuat permohonan masuk Islam dengan menggunakan borang tertentu.
Hadith
Hadith yang berkaitan mengucap dua kalimah syahadah adalah seperti berikut:Daripada ˜Itban bin Malik r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Tiada seorang pun yang mempersaksikan bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan sesungguhnya aku adalah utusan Allah lalu ia masuk neraka ataupun neraka membakarnya.
Huraian Hadith:
Mengucap dua kalimah syahadah adalah salah satu daripada Rukun Islam. Ia mesti dizahirkan dengan lidah, dibenarkan dengan hati dan dilaksanakan dengan anggota badan. Ini adalah satu bentuk pengakuan beriman yang lahir dari hati yang ikhlas beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang membuat suatu pengakuan dan bersyahadah tetapi tidak mempercayai perkara yang disebutkannya, maka penyaksiannya adalah dusta dan bohong kerana perkara yang dinyatakan itu adalah tidak selari dengan keyakinannya sendiri dan itu adalah di antara sifat orang-orang munafik.
Sumber: JAKIM
Semoga bermanfaat!
http://siraplimau.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan