Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal
2 labu bawang besar
2 biji tomato
3 tangkai cili kering
5 biji asam boi
5 biji cendawan butang
1 batang lobak merah
3 inci halia- dihiris nipis
2 sudu teh serbuk lada putih
2 sudu makan jus limau nipis
1 sudu teh garam
Sedikit air
Cara menyediakannya:
1. Bersihkan ikan bawal dan kelar
2. Kemudian masukkan ikan kedalam bekas kukus
3. Campurkan bahan lain bersama sedikit air
4. Kukus hingga masak
5. Sedia untuk dihidangkan.
Tips: tidak perlu dimasukkan air terlalu banyak semasa mengukus kerana air wapnya juga akan keluar.
kongsiresepi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan