Khamis, 16 Oktober 2014

Sifat Manusia Yang Jahil l Suka Bersangka Buruk

buruk-sangka-3 
SIFAT MANUSIA YANG JAHIL l SUKA BERSANGKA BURUK l Jahiliyah yang membawa maksud bodoh atau jahil. Yang dimaksudkan di sini ialah Masyarakat Jahiliyah di Semenanjung Arab 1500 tahun dahulu ialah masyarakat yang mundur dari segi akhlak dan sosial.

Manusia yang jahil pula bererti manusia yang rugi di dunia dan merana di akhirat. Ramai manusia jahil namun tidak sedar diri mereka adalah jahil. Antara ciri manusia yang jahil adalah suka bersangka buruk. Dalam firman Allah surah Al-Hujurat ayat 12:

” Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakkan dari sangkaan (Supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.”

Contoh orang bersangka buruk:-




1) Orang yang suka beribadah disangka riak

2) Orang yang suka rileks disangka malas

3) Orang yang suka pakai baju baru disangka suka menunjuk-nunjuk

4) Orang yang suka pakai baju lama disangka zuhud

5) Orang yang suka makan banyak disangka lahap

6) Orang yang suka makan sedikit disangka lahap

7) Orang yang baik disangka jahat

8) Orang yang jahat disangka baik

9) Orang yang senyum disangka mengejek

10) Orang yang masam disangka merajuk

11) Orang yang bermuzakarah disangka mengumpat

12) Orang yang diam disangka menyendiri

13) Orang yang nampak menawan disangka pakai susuk

14) Orang yang ceria disangka bela hantu

Ini adalah contoh-contoh manusia yang suka bersangka buruk. Bersangka buruk adalah sifat mazmunah dan tercela.

Oleh itu, bersangka baiklah dengan semua orang disekeliling kita kerana bersangka baik itu menguntungkan bagi semua pihak dan juga perbuatan sedemikian adalah perbuatan mahmudah (terpuji). Jangan sesekali bersangka yang tidak baik dengan orang terutama saudara sesama Islam kerana merugikan semua pihak dan dosanya juga besar. Sekirany memiliki sifat sebegini, cepatlah bertaubat dan beristighfar.
 http://mahatera.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...