Rabu, 29 Oktober 2014

Resepi - Apam Dewa

Ternampak beberapa orang berkongsi status di FB dengan kesedapan dan kegebuan Apam Dewa yang mereka buat. Saya turut teruja nak mencuba., bahannya pula cukup mudah. Jom cuba!
Apam Dewa
 Print Recipe
 
Bahan:

3 biji telur
1 sdu mkn ovallate
1/2 cwn gula
1 sk esen vanilla
1 cwn tepung gandum – ayak dahulu
Cara:
Panaskan periuk kukusan. Griskan loyang dengan planta.
Pukul telur, ovelette, essen vanila dan gula hingga kembang dan putih berkrim menggunakan mixer.
Masukkan tepung sikit demi sedikit sambil digaul rata.
Bahagikan ke dua bahagian.
Titiskan warna kesukaan dan gaul rata.
Masukan secara berselang-seli adunan ke dalam loyang yang digriskan tadi dan kukus selama 30 minit.
Pastikan tudung kukus dialas dengan kain supaya air tak menitik ke dalam adunan.
(Saya tutup loyang dengan aluminium foil)
 
Selamat Mencuba!

kongsiresepi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...