Rabu, 15 Oktober 2014

Fatimah Binti Walid-Adik kepada Pedang Allah



wanitadisisirasullulah

Dia memeluk islam pada hari penaklukan Makkah dan tergolong sebagai salah seorang wanita yang berbaiah di hadapan Rasullulah saw. Dia ialah isteri al-Harris bin Hisyam . Ibnu Asakir berkata bahawa Fatimah binti Walid bin Muhgirah adalah saudara Khalid


Fatimah termasuk salah seorang sahabat yang sering menemani suaminya al-Haris ke Syam. Khalid selalu meminta pendapat saudara perempuannya tentang stategik terutama ketika Khalid dilantik sebagai panglima perang ketika menakluki Parsi dan Rom. 
 

Ketika Umar bin Khattab memberhentikan Khalid daripada jabatannya sebagai panglima, dia bertemu dengan adik perempuannya untuk meminta pendapatnya. Setelah mendengar pendapat adiknya, Khalid mencium kening adiknya dengan berkata:"Benarlah yang kamu katakan." Sesungguhnya Umar lebih tahu urusan yang dihadapinya (berbanding aku) dan dia (umar) tidak akan membohongi dirinya sendiri. " 

Inilah Fatimah , wanita teladan yang faham akan erti sebuah persaudaraan saling menasihati dan bertukar-tukar fikiran antara satu sama lain. Khalid tahu kebijakan dan kearifan adiknya. Oleh itu, Khalid saifullah "pedang Allah" akan bertemu dengan adik perempuannya terutama saat-saat sukar dalam hidupnya dalam membuat keputusan. 

"Khalid selalu meminta pendapat Fatimah mengenai beberapa strategik terutama ketika khalid dilantik sebagai panglima perang ketika menakluk Parsi dan Rom. 
 http://mselim3.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...