Rabu, 15 Oktober 2014

Resepi - Nasi Nanas

assalamualaikum

ini projek hujung minggu hari tu,
 
jadinya, akak masaklah nasi nenas ni, resepi copy dari Rahel, thanks Rahel, sedap rupanya ye, suspen jugak takut kot manis ke, masam ke nasi ni, tapi sesedap rasa (ini tekak kamiorang ye)
 
 

tak ada stok lauk, jadi masak lah tumis sardin lawankan dengan nasi ni, buat pedas sikit baru balance dengan rasa nasi ni, tapi nasi ni makan macam tu pun sedap je

Nasi Nenas by Rahel
di try test oleh Cerita Tina

Bahan:

1kg beras wangi-dibersihkan - tina guna beras basmathi, tapi sebab tak rendam lama, dia tak ada jadi panjang sangat
2.2 liter air (air secukupnya ikut berapa byk beras yang kita gunakan)
200ml air nenas *
100gm nenas *
80gm kismis - tina skip, sebab takde stok
200gm nenas - dikiub 2cm
Minyak masak
Garam secukupnya
1/2 kiub stok ayam - tina tambah

*Kisar 100gm nenas bersama 200ml air nenas dan tapis (Rahel tak tapis, tina pun tak tapis)*

Bahan A:

6 biji cili merah #
3 ulas bawang putih #
2sm halia #
1 biji bawang besar - dihiris
1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih

Bahan bertanda @ - dikisar halus

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak masak. Goreng nenas hingga layu. Angkat dan ketepikan.
2. Masukkan 4 sudu makan minyak masak dalam periuk. Tumis bahan A hingga garing.
3. Masukkan kiub ayam, air nenas, garam, beras dan air. Masak hingga nasi kering.
4. Akhir sekali, masukkan nenas goreng dan kismis. Gaul sebati.

 
http://tinaothman.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...