Isnin, 13 Oktober 2014

Info -Tiga Tahapan Bayi Dalam Rahim Ibu


Daku Amat Menyintai Mu

KEBENARAN al-Quran, wahyu dari Tuhan yang Maha Mengetahui, yang disampaikan kepada Rasul akhir zaman Nabi Muhammad s.a.w, sememangnya menambah keimanan dan ketakwaan mereka yang 'celik' hatinya. Setiap kali mendengar ayat-ayat al-Quran dibacakan bertambah imannya dan bertambah 'gerun' dari melanggar larangan Allah Taala.

Dalam ayat ke-6 surah Az Zumar, ada disebutkan bahawa manusia diciptakan dalam rahim ibu dalam tiga kegelapan. Embriologi moden telah mengungkap bahawa perkembangan embriologi bayi terjadi pada tiga daerah yang berbeza dalam rahim ibu. Manakala al-Qur'an telah sebegitu lama, lebih 1400 tahun sebelumnya  telah memaparkan bahawa manusia diciptakan melalui tiga tahapan dalam rahim ibunya. Subhanallah! 
 


...Dia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian. Dalam tiga suasana yang gelap-gelita. Yang demikian (kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu; bagiNyalah kekuasaan yang mutlak; tiada Tuhan melainkan Dia; oleh itu bagaimana kamu dapat dipesongkan? (dari mematuhi perintahNya) - (al-Quran, Az-Zumar, ayat 6)

Sebagaimana yang difahami dalam ayat di atas, ditunjukkan bahawa seorang manusia diciptakan dalam kandungan ibunya dalam tiga tahapan yang berbeza. Menariknya, biologi moden juga telah mengungkapkan bahawa pembentukan embrio pada bayi terjadi dalam tiga tempat yang berbeza dalam rahim ibu.

Sekarang, di semua buku pelajaran embriologi yang dipakai di berbagai fakulti kedoktoran, hal ini dijadikan sebagai pengetahuan dasar. Misalnya, dalam buku Basic Human Embryology, sebuah buku rujukan utama dalam bidang embriologi, fakta ini dihuraikan sebagai berikut :

"Kehidupan dalam rahim memiliki tiga tahapan : pre-embrionik; dua setengah minggu pertama, embrionik; sampai akhir minggu ke delapan dan janin; dari minggu ke delapan sampai kelahiran." (Williams P., Basic Human Embryology, 3. edition, 1984, s. 64.)

Daku Amat Menyintai Mu

Fasa-fasa ini mengacu pada tahap-tahap yang berbeza dari perkembangan seorang bayi. Ringkasnya, ciri-ciri tahap perkembangan bayi dalam rahim adalah sebagaimana berikut :

Tahap Pre-embrionik.
Pada tahap pertama, zigot tumbuh membesar melalui pembelahan sel dan terbentuklah segumpalan sel yang kemudian membenamkan diri pada dinding rahim. Seiring pertumbuhan zigot yang semakin membesar, sel-sel penyusunnya pun mengatur diri mereka sendiri guna membentuk tiga lapisan.

Tahap Embrionik.
Tahap kedua ini berlangsung selama lima setengah minggu. Pada masa ini bayi disebut sebagai 'embrio'. Pada tahap ini, organ dan sistem tubuh bayi mulai terbentuk dari lapisan- lapisan sel tersebut.

Tahap Fetus.
Dimulai dari tahap ini dan seterusnya, bayi disebut sebagai 'fetus'. Tahap ini dimulai sejak kehamilan minggu kedelapan dan berakhir hingga masa kelahiran. Ciri khusus tahapan ini adalah terlihatnya fetus menyerupai manusia, dengan wajah, kedua tangan dan kakinya. Meskipun pada awalnya memiliki panjang 3 cm, kesemua organnya telah nampak. Tahap ini berlangsung selama kurang lebih 30 minggu dan perkembangan berlanjutan sehingga minggu kelahiran.

Informasi mengenai perkembangan yang terjadi dalam rahim ibu, baru didapatkan setelah serangkaian pengamatan dengan menggunakan peralatan moden. Namun sebagaimana sejumlah fakta ilmiah lainnya, informasi-informasi ini disampaikan dalam ayat-ayat al-Quran dengan cara yang ajaib. Fakta bahawa informasi yang sedemikian terperinci dan sahih diberikan al-Quran pada ketika manusia memiliki sedikit sekali informasi di bidang tersebut.

Hal ini merupakan bukti nyata bahawa al-Quran bukanlah ucapan manusia tetapi Firman Allah Taala. Tuhan yang Maha Esa, Maha Mengetahui, lagi Maha luas tidak terbatas pengetahuan-Nya. Dari-Nya kita datang dan kepada-Nya kita semua akan dikembalikan.

Allahu 'alam.
 dakuamatmenyintaimu.blogspot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...