Rabu, 29 Oktober 2014

Wajah Sebenar Firaun Tutankhamun

 Wajah Sebenar Firaun Tutankhamun
Perincian Bentuk Badan dan Wajah sebenar Raja Tut didedahkan kepada Umum. Melalui Teknologi Autopsi Maya lebih daripada 2,000 imej dihasilkan dari imbasan telah digabungkan. Perincian Fizikal menunjukkan Raja Tut memiliki saiz pinggul yang kecil, bergigi jongang dan berkaki tempang. Kecacatan kaki kiri Firaun Tutankhamun memaksa memerintah Mesir pada tahun ke 14 sebelum Masihi berjalan menggunakan tongkat sepanjang hayatnya.





Wajah Sebenar Firaun Tutankhamun (Gambar)

Raja Tut dilahirkan cacat kerana mengalami masalah genetik kesan dari hubungan sumbang mahram bapanya, Raja Akhenaten yang menjalinkan hubungan bersama kakaknya sendiri. Fakta Baharu mengenai Tutankhamun membuktikan bahawa Raja Tut meninggal dunia disebabkan oleh masalah kesihatan dan bukan kerana kemalangan ketika menyertai perlumbaan kereta kuda seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Ahli keluarga sebelum kelahiran Raja Tut semuanya meninggal dunia pada usia yang lewat, berbanding adik-beradik beliau yang meninggal dunia awal dan ini berkaitan rapat dengan masalah genetik. Merujuk Ashrafian - Pensyarah Kolej Imperial London

Wajah Sebenar Firaun Tutankhamun

Raja Tut menjadi firaun ketika berusia 10 tahun dan hanya sempat memerintah selama sembilan tahun sebelum meninggal dunia pada usia 19 tahun. Lakaran wajah Firaun Tutankhamun didedahkan kepada umum setelah lebih 3,300 tahun beliau meninggal dunia.
 http://pseudosupra.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...