Selasa, 21 Oktober 2014

Resepi - Kek Pandan Kukus (Mudah )

Assalamualaikum,



Salah satu kek yang sangat mudah di buat dan tidak banyak bahan yang di gunakan adalah kek pandan kukus. Sesetengah di antara kita yang baru belajar membuat kek lebih suka mengukus daripada membakar kerana belum mahir lagi mengendalikan ketuhar dan ini adalah resepi yang paling sesuai untuk anda.

Resepinya mudah sahaja dan bahan-bahan yang di gunakan pun tak banyak. Saya paling suka dengan resepi ringkas begini kerana waktu yang sangat terbatas untuk masuk kedapur kebelakangan ini.

Bagi yang ingin mencuba, resepinya ada di bawah ini.
 
 
 
 
 
 
KEK PANDAN KUKUS - MUDAH
 
4 biji telur
175 gm tepung gandum
125 gm gula halus
100 gm mentega dicairkan
1/2 sudu teh ovellette
1/2 sudu teh baking powder
 pes pandan secukupnya
 


Cara membuatnya:

1. Pukul telur,gula dan ovelette hingga kembang, masukkan pes pandan dan pukul lagi.


2. Masukkan pula tepung gandum yang di ayak dengan baking powder dan pukul lagi, lalu masukkan mentega yang di cairkan tadi.
3. Pukul sebentar dan tuang kedalam loyang.

4. Kukus selama 45minit atau sehingga masak.
 http://www.kongsiresepi.com
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...