Khamis, 30 Oktober 2014

Menarik - Bagaimana Menguatkan Hati Disaat Dia Tinggalkan Saya Tanpa Sebab & Penjelasan

tinggalkan
6 tahun menyulam cinta. Berjanji setia. Akan terus kekal bersama walau apa sekalipun yang berlaku.
Saling menyayangi, saling mengasihi.

Bagi saya, dia sebahagian daripada hidup saya. Antara insan yang terpenting.

You are my other half of my heart.

Tapi bila dia pergi tinggalkan saya tanpa sepatah pesan, tanpa sepatah bicara, tanpa alasan yang pasti, langkah ini seolah-olah rebah.

Hati berkecai lumat jatuh ke bumi.

Rebah. Hilang punca. Hilang segalanya.

Akhirnya, Dia Tinggalkan Saya Tanpa Sebab Dan Sebarang Penjelasan

 

 

We promise always together, but why you leave me alone?
6 tahun bersama dan akhirnya berpisah. Hati mana yang kuat ?

Lagi-lagi ditinggalkan dengan cara begitu.

Hari-hari yang berlalu makin suram. Makin kelam. Saya banyak habiskan masa bersendiri. Mengenang semua kenangan lalu.

Berharap apa yang berlaku hanya mimpi. Berharap hari esok dia akan muncul di depan saya.

Merancang itu bagus, tapi jangan terlalu berharap. Simpan sedikit dihatimu kesederhanaan, moga terjatuh nanti, tidak terlalu sakit.

Saya habiskan masa saya mendengar lagu-lagu cinta.
Lagu-lagu yang pernah dia nyanyikan. Menghayati setiap patah. Setiap bait lagu. Mengaitkan lagu itu dengan kehidupan saya.
Things end but memories last forever. 
Saya pergi kembali ke setiap tempat yang saya pernah pergi bersama dia. Hanya untuk mengutip kenangan lalu. Menangis lagi disitu.
Saya update status facebook, luahkan perasaan. Menagih simpati. Agar terbuka hati dia untuk kembali.
Tapi, apa yang saya dapat akhirnya?
Hanya kesakitan. Hanya luka yang makin dalam. Hanya air mata yang jadi peneman.
Sampai satu ketika terdetik dihati, sampai bila saya nak teruskan hidup dengan cara macam ni?
Dia mungkin dah berbahagia dengan kehidupan baru. Mungkin bersama insan lain.
Saya? Nak terus bazirkan kehidupan saya hanya kerana satu perpisahan?

Bila kita bersedia untuk menerima kehadiran seseorang itu, maka kita juga harus bersedia untuk kehilangannya.

Saya akui saya alpa disaat saya bercinta.
Disaat saya jatuh hati pada seorang insan yang bernama lelaki. Saya letakkan dia di tangga teratas dalam hati saya.
Saya lupakan Allah.
Tapi saya tak salahkan dia sepenunya. Khilaf diri saya sendiri.
Saya jaga hati dia sebaik mungkin. Kalau boleh taknak sekalipun hati dia terluka.
Tapi saya terlupa semua itu hanya sia-sia. Kerana dia bukan siapa-siapa.
Tapi Allah?
Dia segala-galanya. Saya tinggalkan sesuatu yang pada hakikatnya paling penting dalam hidup sebagai seorang hamba. Betapa saya berdosa.
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.
(Al-Baqarah: 286)
Dan mungkin kerana dosa-dosa itu, Allah uji saya.
Tapi saya tahu saya boleh jadi kuat sebab saya ada Allah. Setiap langkah saya ada kekuatan.
“Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah Maha mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah yang Maha Pengampun, Maha Penyayang “ [39:53]
Perlahan-lahan Saya dekatkan diri kembali pada Allah.
Di setiap pengakhiran solat, hanya air mata yang menemani. Menyesali segala dosa-dosa lalu. Malu kerana setelah sekian lama saya selalu lupakan Dia.

Saya luahkan semua isi hati saya pada Allah.
Saya minta pada Allah supaya bantu saya untuk lupakan bayangan dia. Untuk saya lupakan semua kenangan. Untuk saya tabah mulakan hidup baru walaupun tanpa dia.
Tapi, saya tak pernah minta supaya Allah hadirkan saya rasa benci pada dia.
Kerana, dia insan yang pernah hadir bawa kebahagiaan dalam hidup saya.
Jadi saya hanya mohon pada Allah supaya saya tidak lagi rindukan dia.  Semoga Allah jaga dia.

Dengan menjatuhkan orang lain, kita tidak akan menemukan apa-apa. Selain, kekalahan di hujung jalan.

Jangan doakan yang buruk-buruk sebab semua itu hanya akan menambahkan rasa sakit dihati kita.
Doakan yang baik-baik sahaja supaya hati kita turut tenang.
“ Jika kamu ingin Allah berkata-kata padamu, bacalah Al-Quran. Sebaliknya, jika kamu ingin berkata-kata kepada Allah, dirikanlah solat. “
Saya buka kembali kitab suci yang telah sekian lama saya tinggalkan. Al-Quran yang mana saya pernah khatam satu ketika dulu. Berhabuk. Kusam.
Ya Allah, saat itu saya cukup takut.
Bagaimana jika sebaik sahaja saya buka Al-Quran itu, saya tidak lagi dapat membaca ayat-ayat suci itu. Bagaimana jika Allah tarik nikmat yang dia berikan selama ini kerana saya telah sekian lama tinggalkan kitab suci itu.
Saya menangis lagi.
Air mata tumpah tanpa saya pinta.
Saya kuatkan semangat untuk membaca setiap ayat.
Walaupun tanpa terjemahan saat itu, hati ini makin tenang. Makin kuat. Seolah-olah satu semangat meresap dalam diri.
“ Al-Quran itu petunjuk dan penawar “
Tipu jika saya cakap saya langsung tak rindukan dia.
Tapi saat perasaan tu datang, saya akan cepat-cepat baca Al-Quran. Supaya hati saya kembali tenang. Supaya perasaan itu hilang. Alhamdulillah, sangat berjaya.
Sangat membantu.

Kembalilah pada yang sepatutnya. Dari situ kita akan dapat kekuatan.

Akan dapat semangat yang kita perlukan untuk menempuh hari-hari yang mendatang. Untuk kita terus melangkah berani ke hadapan tanpa bayangan kenangan semalam.

tinggalkan
Tinggalkan segala kenangan lalu. Bukan mudah, tetapi kepalkan tangan dan bisikkan pada hati bahawa aku boleh!

Andai jatuh, bangkitlah. Bila kecewa, sabarlah. Bila menangis, senyumlah. Andai hilang harapan, berdoalah. Moga bahagia.

Saat dia tinggalkan saya tanpa sebab pesan, tanpa sebab yang pasti, saya menangis. Banyak menyendiri.
Kadang-kadang seolah menyalahkan takdir.

Saya dah cuba jadi yang terbaik untuk dia, tapi kenapa Allah masih bawa dia jauh dari saya? Kenapa Allah ambil dia dari saya? Kenapa Allah ambil orang yang saya sayang.
“ Kita rasa kita dah cukup yakin dengan pilihan kita. Dengan cinta dalam hati kita. Namun bukan kita penentu segala. Tapi Dia. Allah. “ – Rusydee Artz
Tapi bila renung kembali. Bila saya kembali ke jalan yang sepatutnya, saya jumpa jawapan.
Ada sebab kenapa Allah ambil dia dari saya. Ada sebab kenapa Allah biarkan dia tinggalkan saya tanpa sebarang alasan yang pasti. Setiap yang berlaku pasti ada sebab.

Bila Allah tidak beri, bukan bermakna Allah benci. Tapi mungkin ada sesuatu hal yang Allah mahu kita mengerti.

Jika Allah biarkan dia berterus terang, adakah saya masih mampu untuk jadi sekuat ini?
Andai dia jujur beritahu saya hati dia sudah ada insan lain, adakah saya mampu untuk terima kenyataan itu ?
Kerana itu Allah biarkan segalanya kekal jadi rahsia.
Allah tak mahu saya rebah tersungkur hingga tak mampu bangkit kembali.
Kenapa nak terus tagih penjelasan sedangkan Allah dah jaga hati kita sebaik mungkin. Kenapa nak tambah lagi luka.

Adakah penjelasan mampu mengubah segalanya kembali seperti sediakala?

Bersediakah untuk lebih terluka dengan jawapan yang bakal kita terima?
“ Bila tak ada jodoh, bukan kerana dia tak baik untuk kamu atau sebaliknya. Tapi sebab dia memang tidak tertulis untuk kamu di Lauh Mahfuz sejak dari azali lagi. Atau mungkin kerana makin dekat kamu dengan si dia, makin kamu menjauh dengan DIA. “ – Rusydee Artz

Penutup

Jangan terus berduka. Jangan terus bernafas dengan kenangan lama. Allah ada bersama kita.
Janganlah kamu bersedih. Suatu hari nanti semuanya akan terubat.
Janganlah kamu menyerah kalah, kerana Allah sentiasa bersamamu.
Tak perlu risau akan jodohmu.
Kerana, tulang rusukmu tidak akan pernah tertukar. Percayalah, Allah Maha Tahu saat yang tepat untuk membahagiakanmu.
InsyaaAllah. :’)
akuislam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...