Ahad, 19 Oktober 2014

Resepi - Apam Pisang Kukus

  
Apam pisang ni antara resepi apam pisang yang selalu Naz buat. Senang dan rasa pun sedap. Tengoklah rupanya tu, montok tak? heheheee... 
 

Resepi apam pisang ni dah lama Naz simpan dan guna. Naz perolehi dari blog yang dah tak boleh dibuka sekarang ni iaitu blog RESIPI PILIHAN DIANA. Memang Naz banyak simpan resepi-resepi yang Naz kutip dari blog Diana ni sebab nilah antara blog yang Naz sering buka masa mula-mula kenal dunia masakan melalui internet dulu.
APAM PISANG KUKUS
SOURCE: Resipi pilihan Diana
TRIED BY: Naz @ovenkecil.blogspot.com

Bahan-bahan: 

  • 2 cawan tepung gandum 
  • 8 biji pisang emas (sederhana besar) 
  • 3/4 cawan mentega, dicairkan dan disejukkan (boleh digantikan dengan minyak masak)
  • 4 biji telur 
  • 1 sudu teh baking powder 
  • 1 sudu teh baking soda 
  • 1 cawan gula (Naz guna 3/4 cawan)
  • secubit garam 

Cara-cara: 
  1. Tepung gandum diayak dengan baking powder. Ketepikan. 
  2. Pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam. 
  3. Pukul telur bersama gula, masukkan mentega cair/ minyak. Kemudian masukkan pisang lecek dan gaul rata.
  4. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul rata dan kemudian tuangkan kedalam loyang yang telah disapu dengan mentega/minyak. Kukus selama 45 minit menggunakan api yang sederhana. 
Nota: Kukusan hendaklah dipanaskan terlebiih dahulu dan tutup kukusan perlu dibungkus dengan kain supaya wap tidak jatuh keatas permukaan kuih. 

SELAMAT MENCUBA!
 http://ovenkecil.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...