Membina sebuah perhubungan cinta
mungkin sesuatu yang mudah tetapi membawa hubungan cinta itu ke sebuah
perkahwinan mungkin sesuatu perkara yang agak susah. Ramai di antara
kita mempunyai teman hidup atau erti kata lain “kekasih hati” namun
tidak ramai diantara kita dapat membina sebuah mahligai rumah tangga
dari sebuah percintaan itu.
Kepada wanita yang lanjut usianya
mungkin fobia dengan keadaan seperti ini. Umur sudah meningkat, hubungan
cinta sudah bertahun-tahun tetapi si dia masih tidak memberikan “lampu
hijau” untuk meminang. Mungkin tips kali ini dapat membantu anda yang
mempunyai masalah seperti “Si Dia Lambat Meminang”.
Antara tips untuk memujuk lelaki masuk meminang adalah:
1. Solat Hajat 2 Rakaat dan Berdoa
Lakukan solat hajat dua rakaat untuk
memohon kepada Allah supaya dibukakan hati si dia untuk melamar. Dalam
sujud rakaat terakhir pohon kepada Allah(doa dalam hati) segala hajat
yang dikehendaki. Selesai solat berdoalah kepada-Nya supaya makburkan
segala hajat.
2. Ajak Jumpa Keluarga
Tunjukkan anda betul-betul serius
dalam perhubungan. Jika si dia belum pernah berjumpa dengan keluarga
ajak si dia berjumpa dengan keluarga. Ini akan membuatkan si di
merasakan bahawa kita begitu serius untuk berkahwin.
3. Berterus Terang
Tiada jalan terbaik untuk memujuk si
dia masuk meminang iaitu dengan berterus-terang. Berterus terang dengan
si dia dan nyatakan hajat di hati supaya si dia tahu apa sebenarnya niat
di hati kita. Berterus-terang ini penting untuk mengetahui si dia
betul-betul serius dalam perhubungan atau sekadar main-main
ammar blog
Tiada ulasan:
Catat Ulasan