Apabila melihat bayi baharu lahir, tentu anda pernah tertanya-tanya
mengapa bentuk kepala bayi semuanya berbeza. Ada yang berbentuk bulat
dan ada yang lonjong. Benarkah proses bersalin mempengaruhi bentuk
kepala bayi?
Sememangnya bentuk kepala bayi baharu lahir yang berbeza-beza
dipengaruhi oleh proses bersalin yang dilalui oleh ibu. Perbezaan bentuk
kepala bayi memang disesuaikan dengan bentuk dan ukuran ketika lahir,
saat dia masuk ke laluan kelahiran. Ini kerana tengkorang bayi terdiri
daripada beberapa tulang lembut yang belum sempurna.
Bagi ibu yang melalui proses bersalin secara semula jadi, ketika bayi
masuk ke saluran kelahiran yang sempit, tulang-tulang tersebut akan
disesuaikan mengikut ukuran kepala. Bentuk kepala bayi pun boleh menjadi
memanjang atau lonjong kerana disesuaikan dengan bentuk jalan
kelahiran. Tetapi ibu tidak perlu bimbang, kerana biasanya beberapa hari
kemudian, bentuk kepala bayi akan kembali ke bentuk asal.
Bagaimanapun bayi yang dilahirkan secara pembedahan caesarean tidak
akan mengalami bentuk kepala yang lonjong. Proses bersalin secara
pembedahan tidak melalui jalan kelahiran semula jadi dan tidak
menyesuaikan dengan bentuk saluran kelahiran. Oleh itu bayi ini
mempunyai bentuk kepala yang bulat.
Ada juga bayi yang melalui proses bersalin normal dengan bantuan alat
seperti vakum untuk menarik kepala keluar, mempunyai bentuk kepala
seperti bengkak (benjolan) tetapi ia bersifat sementara sahaja.
Posisi tidur bayi baharu lahir turut boleh menyebabkan perubahan bentuk
kepalanya. Oleh itu sebaiknya ibu mengubah posisi tidur bayi. Misalnya,
ketika bayi sudah tidur, tiarapkan bayi kerana kepalanya boleh menjadi
bentuk bulat.
Jika anda terbiasa menidurkan bayi dengan menggunakan penggendong bayi,
ia juga antara faktor penyebab kepala bayi tidak bulat. Untuk
mencegahnya, ibu boleh merenggangkan ikatan gendongan ketika menidurkan
bayi. Ubah posisi agar tidak terlalu lama pada posisi yang sama tetapi
pastikan sentiasa menjaga keselamatan bayi.
Ketika bayi tidur, elakkan daripada dia hanya menghadap satu sisi
sahaja. Ibu boleh mengubah posisi tempat tidur bayi agar dia terbiasa
untuk berubah posisi tidur dan membantu bayi mengubah arah pandangan
dari sisi kanan ke sisi kiri atau sebaliknya.
pama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan