Rabu, 15 Oktober 2014

Pekerjaan yang paling mulia di sisi Allah

Assalamua'laikum wbt
masjid

Pada zaman Rasulullah ada seorang wanita kulit hitam yang bernama Ummu Mahjan. Dia selalu melapangkan masa untuk kerja membersihkan masjid.

Ummu Mahjan kemudiannya meninggal dunia dan dikebumikan. Selang beberapa hari, apabila Rasulullah lalu di kuburnya, barulah dikhabarkan bahawa kubur tersebut ialah kubur Ummu Mahjan. Rasulullah menegur para sahabat yang tidak memaklumkan kepadanya tentang kematian Ummu Mahjan. Lalu Rasulullah berdiri dan solat jenazah di atas kuburnya. Sesudah itu Rasulullah menyeru Ummu Mahjan dari atas kuburnya. Sabdanya "Assalaamu'alaikum, ya Ummu Mahjan! Pekerjaan apakah yang paling bernilai dalam amalanmu?"
 
Rasulullah diam sejenak. Kemudian baginda bersabda, "Dia menjawab bahawa pekerjaan membersihkan masjid adalah pekerjaan yang paling bernilai di sisi Allah. Allah berkenan mendirikan rumah untuknya di syurga dan dia kini beristirehat di dalamnya."
*********************
Kita semua bercita-cita tinggi seperti doktor, peguam, cikgu dan macam-macam lagi. Tapi ketahuilah bahawasanya pekerjaan yang paling mulia di sisi Allah ialah membersihkan masjid. Sesungguhnya pekerjaan membersih, mengemas, mengurus dan mengimarah masjid adalah suatu pekerjaan mulia dan mempunyai jaminan ganjaran yang tinggi di sisi Allah. Dikesempatan hidup yang masih ada, hulurkanlah budi & jasa membersihkan rumah Allah. Semoga setiap ibadah & pekerjaan kita pada hari ni dapat membantu kita diakhirat kelak. 
Sumber : http://kisahkehidupan.webs.com/kisahteladan.htm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...