Isnin, 20 Oktober 2014

Resepi - Daging Masak Bombay

DAGING MASAK BOMBAY
Resepi oleh Commist 1 Chef Muhd Shuhaizad Muhd Rawi dan Chef Halip Amran dari Hotel Equatorial Bangi, Bandar Baru Bangi, Selangor.

DAGING MASAK BOMBAY

BAHAN-BAHAN:
150 gm daging – dipotong nipis dan digoreng separuh masak
50 ml pati santan
1 tangkai daun kari
Minyak secukupnya – untuk menumis
Garam, gula dan bahan perasa secukupnya
 

BAHAN A:
50 gm cili kering – dikisar
3 ulas bawang merah – dikisar
5 ulas bawang putih – dikisar
50 cm halia – dikisar
50 cm lengkuas – dikisar
3 batang serai – dikisar

BAHAN B:
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
2 batang kulit kayu manis
1 sudu kecil rempah kari daging
10 ml kicap pekat
10 ml kicap manis

CARA MENYEDIAKAN:
1.Masukkan minyak ke dalam kuali. Panaskan minyak dan tumiskan bahan A.
2.Kemudian masukkan bahan B dan kacau sehingga naik bau.
3.Masukkan daun kari dan reneh sehingga ia masak.
4.Seterusnya masukkan santan dan daging yang telah digoreng.
5.Tambahkan garam, gula dan bahan perasa secukupnya. Hidangkan. 
saji online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...