Pada suatu masa dahulu, pembuatan kereta bukanlah satu
industri seperti yang kita kenali sekarang. Lebih-lebih lagi apabila
kita pergi ke segmen yang lebih mewah, di mana setiap kereta yang
terhasil lebih menepati citarasa pembeli secara individu. Konsep ini
masih hidup sehingga hari ini, tetapi khusus kepada model-model yang
sangat premium; di mana setiap bahagian kereta dapat dipilih dengan
teliti, daripada warna sehinggalah ke bahan yang digunakan.
Begitulah juga untuk Ferrari – jika ia kelihatan seperti terlalu mewah pada masa ini, begitulah juga ia pada era 50-an dan 60-an, bahkan mungkin lebih mewah. Ferrari di Amerika pada waktu itu hanya dihasilkan setelah mendapat pembeli, oleh itu setiap kereta Ferrari dari setiap segi mencerminkan citarasa pemiliknya.

Walaupun sangat eksklusif, jelas sekali ia menggunakan badan model F12 Berlinetta dengan enjin 12-silinder Ferrari yang menghasilkan lebih dari 700hp.
Bezanya F60A ini adalah sebuah cabriolet, di mana bumbungnya adalah
diperbuat daripada kain. Menariknya, ‘bumbung’ ini hanya sesuai
digunakan sehingga kelajuan 120km/sj. Disebabkan tidak mempunyai bumbung
kukuh, kereta ini diberikan sepasang ‘roll-hoop’ yang, pada pendapat
kami, kelihatan begitu menawan bukan sahaja daripada kontras warnanya
(roll-hoop itu sendiri mendapat trim gentian karbon manakala warna
kereta pula mendapat inspirasi daripada pasukan lumba Amerika Utara
klasik), tetapi juga kerana bentuknya yang menjalar dari belakang kerusi
hinggalah ke bahagian belakang F60A ini.
http://drebar.astroawani.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan