Ahad, 26 Oktober 2014

Kisah Benar - Pakcik Jual Cempedak Goreng Ini Amat Menyentuh Hati!

Kisah Pakcik Jual Cempedak Goreng Ini Amat Menyentuh Hati  

Kisah inspirasi ini dikongsikan oleh Syafiq Roos di grup Shah Alam Residents di Facebook. Tidak pasti samada penjual cempedak ini berada di sekitar Shah Alam atau tidak. Namun, cukup teruja bila membaca cerita ini.

Ini cerita Syafiq:




Semalam saya sempat berkenalan dengan seorang peniaga, dalam lingkungan usia pakcik pakcik.
Pakai tshirt, jeans dan sneakers. Energi pun tak macam pak cik yang biasa kita jumpa, nampak bertenaga sangat.

Ralit berborak, pak cik pun mula buka cerita. Katanya, dia pernah ditipu rakan sendiri.

“Kawan punya pasal, saya habis berbelas ribu. Nak bukak kedai runcit, betul betul nak buka sebelum raya.

“Sekali kedai tak boleh bukak, rupanya dah 3 tahun segala benda tak berbayar. Masuk balai jugaklah saya sebab benda tu. Mana tak nya, masa tu nak bulan puasa, nak raya lagi. Saya berhenti kerja, isteri pulak cuti 6 bulan tanpa gaji.

“Syafiq tau apa saya buat?

“Saya terfikir cempedak goreng. Redah je bukak tapak kat bazar Ramadhan. Mula-mula jualan tak berapa okay tapi lepas tukar location lain, kalau saya goreng cempedak tu, tak berani pandang belakang,

Masya-Allah orang tak putus-putus datang!

“Alhamdulillah, sekarang hari-hari memang kena ada dalam 500kg cempedak macam tu. Syukur sangat-sangat.

“Saya tengah tunggu kelulusan nak buka premis pula ni dari Mesti dan nak dapatkan sijil Halal untuk kicap Char Kuey Tiaw yang boleh guna untuk goreng-goreng yang lain jugak.

“Senang orang nak masak nanti. Saya jual pun rm5 je, kalau niaga Char Kuey Tiaw dah berapa kali boleh pusing dah tu.

Nota: Saya kagum dengan Pak Cik Jai. Hidup bukan untuk bersedih setelah ditimpa susah atau masalah. Masalah sepatutnya dijadikan kekuatan untuk terus melawan dan bangkit semula.
siraplimau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...