Marjan (مرجان) berasal dari karang laut, bahasa Inggeris menyebutnya Coral (كورال). Umum mengenalinya sebagai batuan akan tetapi ia adalah spesis bintang. Marjan berasal dari perkataan Yunani. Marjan ada disebut dalam al-Quran.
Firman Allah Taala:
يَخْرُجُ مِنْهُمَا اللُّؤْلُؤُ وَالْمَرْجَانُ (٢٢) سورة الرحمن
Ertinya: Dari keduanya keluar mutiara dan marjan.
Kata al-Alūsī: Mutiara itu yang kecil-kecil dan yang besar adalah marjan.
كَأَنَّهُنَّ الْيَاقُوتُ وَالْمَرْجَانُ (٥٨) سورة الرحمن
Ertinya: Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.
Batu Marjan terbaik ialah Coral Rubrum (مرجان الربروم) yang meliputi pelbagai warna iaitu putih, kuning, merah muda, merah gelap dan biru. Adapun marjan berwarna hitam keemasan dinamai Coral Nagrum atau Nagur (مرجان النجروم). Banyak terdapat di pesisir laut India, Autralia dan Lautan Pasifik. Batu ini amat rapuh dan untuk mencanainya memerlukan kepakaran.
Saya dapat tahu bahawa batu marjan atau karang laut ini adalah spesis hidupan yang dilindungi kerana ia tergolong dalam kumpulan terumbu karang. Kepupusan dan kemusnahan terumbu karang akan mengganggu ekosistem hidupan laut. Namun apa kami temui dan dijual bukanlah diambil dari dasar laut melainkan dijumpai kerana terdampar di pesisir pantai dan ditemui dalm bentuk serpihan.
Adapun kelebihan batu ini kepada pemakai yang paling aula ialah kerana ia disebut di dalam al-Quran. Kerana setiap apa yang disebut di dalam al-Quran pasti mempunyai khasiat yang tinggi walaupun tidak dinyatakan secara khusus khasiatnya. Faedah lain (yang disebut dalam kitab dan orang yang mahir dalam bab ilmu batu permata) ialah membaiki perjalanan darah, penyakit susah nak tidur, memberi ketenangan, menguatkan jantung, menguatkan rahim, penyakit hemophilia, kemandulan dan sebagainya. Kelebihan ini bukanlah suatu perkara syirik akan tetapi ia adalah disebut sebagai kelebihan semulajadi (الخواص الطبيعية). Kelebihan semulajadi ini diberikan oleh Allah Taala sama seperti kelebihan buah limau contoh memberi kesegaran bila memakannya. Syirik berlaku apabila kita menyakini batu ini berkuasa sepenuhnya sedangkan sepatutnya ia ada kelebihan apabila Allah mengizinkan, sama juga minum air sejuk dapat menghilangkan dahaga tapi kuasa bukan terletak pada air sejuk, kuasa terletak pada Allah namun sifat tabi’e air sejuk memang menghilangkan dahaga. Jadi hendaklah dipahami perkara ini sedalam-dalamnya sebelum menuduh orang syirik tak tentu pasal.
Batu ini kalau diletak di perut (boleh dibuat kepala talipinggang) dapat memperbaiki usus dan memudahkan penghadaman serta membaiki aktiviti di dalam perut. Kalau dibuat kalung dapat menguatkan tubuh sehingga mampu menangkis hantaran sihir kepada si pemakai, sumber ini tidak dipastikan kebenarannya kerana bersumber dari kitab Syiah. Wallahua’lam.
Sumber:
1. Dr. Subḥī Naṣr. المعاد النفيسة والأحجار الكريمة وشبه الكريمة الطبيعية والملقدة أنواعها، ميزاتها وطرق التعرف عليها. Dar Qatari bin Faja‘ah. Doha, Qatar.
2. Sayyid Muḥammad Ṣadra al-Muwaḥḥid al-Abṭaḥi. الأحجار الكريمة وخواصها العجيبة. Dar Zain al-Abidin. Qom, Iran
antalhaq
Tiada ulasan:
Catat Ulasan