Khamis, 27 September 2012

Jemaah Haji Jangan Bimbang Virus Misteri

Jemaah haji jangan bimbang virus misteri
Dianggarkan dua juta umat Islam berkunjung ke Makkah bagi
menunaikan haji sehingga Oktober
RIYADH - Kementerian Kesihatan Arab Saudi meminta jemaah haji supaya tidak bimbang berikutan penularan wabak misteri dipercayai dari kelompok  Virus Sindrom Pernafasan Akut Teruk (Sars) yang telah menjangkiti seorang lelaki di London, selepas berkunjung ke Arab Saudi, baru-baru ini.

Jurucakap kementerian, Khaled al-Mirghalani berkata, wabak itu tidak merebak sungguh pun mangsa itu kini berada di Qatar.

“Terdapat dua kes selesema serius dan kes ini adalah perkara biasa,“ katanya.






Beliau berkata, tiada perubahan syarat terhadap jemaah setakat ini, namun pihak berkuasa akan mengambil langkah waspada.

Kelmarin, Agensi Perlindungan Kesihatan Britain memaklumkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai sejenis virus sistem pernafasan yang menyerang seorang pesakit dari Qatar  dan kini berada dalam keadaan serius.

Menurutnya, lelaki terbabit tenat selepas diserang koronavirus yang menyebabkan demam panas dan selesema yang mungkin berpunca daripada virus tersebut.

“Sampel diperoleh menunjukkan keadaan hampir serupa seperti dialami mangsa di Arab Saudi yang dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan virus misteri tersebut, awal tahun lalu.

Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberitahu, pihaknya masih mengkaji kesan kes itu dan menasihatkan orang ramai supaya membatasi perjalanan mereka.

Sars pertama kali dikesan di wilayah Guangdong, China pada 2002 dan setahun selepas itu 8,000 mangsa dijangkiti di seluruh dunia dengan 800 dilaporkan maut. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...