Rabu, 19 September 2012

Imam Masjid Di Singapura Dibayar 12 Dolar Untuk Sekali Solat

Khususnya, imam-imam yang dilantik oleh jabatan agama di setiap negeri di Malaysia akan dibayar elaun mereka seperti yang telah diperuntukkan..Walaubagaimana pun, elaun imam serta ahli jawatankuasa masjid atau surau akan diterima pada setiap bulan dalam jumlah tertentu, tetapi di Singapura, para imam masjid di sana akan dibayar 12 Singapore Dolar untuk sekali solat..Haa, kalau nak tahu dengan lebih lanjut, meh baca kat bawah ni..


SIAPA yang tak kenal dengan Orchard Road? Inilah jalan raya yang menjadi ikon Singapura. Di kiri dan kanan jalan sepanjang 2.2 km itu berdirinya pusat membeli-belah yang besar dengan barang-barang mewah berserta hotel-hotel 5 bintang. 





Kedai menjual barangan jenama mewah di dunia seperti Prada, Hermes, Rolex, Tommy Hilfiger, Louis Vuitton, Emporio Armani, dan sebagainya bertebaran di sepanjang jalan raya sehala yang tidak pernah tidur ini. 

Wanita-wanita muda dengan pakaian moden bahkan seksi sering lalu-lalang di jalan ini, lazimnya pada setiap akhir bulan. Tentu sahaja ia menjadi tempat yang menarik untuk menghabiskan masa.

Namun di tengah Orchard Road ini, terdapat satu masjid yang menarik dikenali sebagai Masjid Al Falah (Al Falah Mosque). Masjid ini umpama oasis yang wujud di tengah kemewahan Orchard Road.Masjid ini terletak berdekatan dengan gedung Somerset, Cairnhill Place, di Bideford Road No 15. 

Sekiranya anda berada di belakang Hotel Grand Park Orchard, anda hanya perlu berjalan sekitar 30 meter dari Jalan Raya Orchard yang sibuk. Papan petunjuk menuju ke Al Falah Mosque sebenarnya ada di persimpangan Orchard Road-Bideford Road. 

Walaubagaimana pun, papan putih itu kurang menonjol sehingga hampir tidak kelihatan. Bagi pelancong Malaysia dan Indonesia yang membeli-belah di Orchard Road, para pemandu pelancong sering menunjukkan masjid ini sebagai tempat untuk solat. 

"Masjid ini selalu penuh pada waktu solat Zohor dan Asar. Kebanyakkannya, terdapat ramai orang Indonesia yang solat di sini," kata Ustaz Muhamad Sahid (21) selesai sahaja mengimamkan solat Maghrib, kepada sejumlah wartawan Indonesia yang diundang Telkomsel ke Singapura, akhir bulan lalu. 

Ustaz Sahid merupakan salah seorang imam yang bertugas di masjid ini. Beliau dibantu oleh pembantunya, Ustaz Muhamad Fauzi (25), dalam menjalankan tugasnya. Biasanya, jika Sahid menjadi imam, Fauzi akan menjadi bilalnya. Jika Sahid tidak dapat hadir, Fauzi yang akan menggantikannya sebagai imam solat. 

Sahid dan Fauzi adalah warganegara Singapura. Mereka merupakan orang Melayu yang lahir dan membesar di negera singa itu. 

Menurut Sahid, jika pada waktu subuh, ada juga yang datang untuk solat di masjid ini. Lazimnya, mereka adalah petugas-petugas sekuriti yang bertugas di pusat membeli-belah di sekitar masjid. 

Pada waktu solat Zohor dan Asar, lebih banyak pekerja di pejabat dan pusat membeli-belah di sekitar Orchard Road akan solat di sana. 

Ruang wuduk masjid ini tidak lah terlalu besar, tetapi bersih. Di tempat wuduk masjid itu, terletaknya sabun cair yang membolehkan sebelum berwuduk, anda boleh mencuci tangan terlebih dahulu dengan sabun. 

Tempat air minum juga disediakan di masjid tersebut. Pengunjung yang kehausan akan dapat menikmati air yang sejuk dan menyegarkan.

Bagi orang Islam Indonesia dan Malaysia, tempat ini boleh menjadi kawasan untuk beristirahat sejenak, bahkan boleh menjadi tempat untuk menghilangkan dahaga. Bagi mereka yang mengembara, mengisi air minum dari masjid ini merupakan salah strategi penjimatan kerana perlu diingatkan bahawa sebotol air mineral di Orchard Road Mampu mencapai harga 1 dolar (RM2.50), bahkan lebih. 

Masjid Al Falah bukanlah sekadar masjid tempat persinggahan untuk mereka yang penat berbelanja atau mencuci mata di Orchard Road. Masjid ini memiliki banyak kegiatan, seperti kursus bahasa Arab, tajwid, bacaan Al-quran, bimbingan haji-umrah, dan kursus persiapan pernikahan. 

Jika pada hari Jumaat, akan ada kuliah agama selesai sahaja solat Jumaat. Kursus-kursus tersebut ada yang percuma dan ada juga yang berbayar. 

Sebagai contoh, kursus tentang pernikahan yang akan diadakan pada 29-30 September akan datang dikenakan tarif 130 dolar Singapura (Singapore Dolar/SGD) untuk seorang. 

Terdapat ruang-ruang kelas dalam masjid dengan ukuran yang tidak terlalu besar untuk kursus tersebut. Pembimbingnya adalah ustad-ustad yang dijemput dari luar. Masjid ini mempunyai tujuh orang imam yang bertugas secara bergilir-gilir dalam memimpin solat. Dari tujuh orang itu, salah seorang daripadanya adalah ketua imam, iaitu Ustad Yusuf Abdulrahim. 

Pada solat Subuh, akan ada dua imam yang bertugas (satu imam, satu bilal), Solat Zohor dan Asar akan ada dua imam, serta Isya' dan Maghrib akan ada dua imam. Pada solat Zohor dan Asar biasanya solat akan diimamkan oleh Ketua Imam. 

Sahid, yang baru berusia 21 tahun, bertugas memimpin solat Maghrib dan Isya' pada malam minggu itu. Pada hari-hari yang lain sekitar pukul 7.00 pagi hingga 5.00 petang, beliau akan bertugas sebagai pengajar tahfiz Al-Quran di Masjid Darul Iman di kawasan Geylang, Singapura. 

Ustad Sahid mendalami ilmu agama Islam di salah sebuah sekolah pondok di Kelantan, Malaysia. Dalam bertugas sebagai imam bagi solat wajib, Ustad Sahid akan dibayar 12 SGD untuk sekali solat pada waktu berkerja iaitu hari Isnin hingga Jumaat. 

Sedangkan pada waktu hari minggu iaitu hati Sabtu dan Ahad, beliau akan menerima bayaran 15 SGD untuk sekali solat. Jadi, sekiranya beliau bertugas menjadi imam solat Maghrib dan Isya' pada hari minggu, beliau boleh mendapat bayaran 60 SGD (lebih kurang  RM 150). 

Walaubagaimana pun, bilal yang bertugas pada hari bekerja akan dibayar 8 SGD sekali solat dan hari minggu 10 SGD sekali solat. Ustad Fauzi, pada waktu ditemui wartawan malam minggu itu bertugas sebagai bilal Maghrib dan Isya', akan menerima bayaran sebanyak 40 SGD (sekitar RM 100 ). 

Menurut Sahid, pemerintah Singapura tidak terlalu mencampuri urusan agama di negeri ini. Beliau mengaku menerima gaji dari pihak pengurusan masjid, sedangkan Majlis Ulama Islam Singapura (MUIS) memberikan bantuan operasi sebanyak 12 peratus daripada dana yang dimiliki masjid tersebut. 

Di Singapura, menurutnya, ada 114 masjid dan penganut agama Islam juga semakin bertambah. 

"Ramai orang Tionghua di Singapura yang mula berminat untuk memeluk Islam. Mereka juga banyak belajar mengenai Islam di masjid ini," ujarnya. 

Pada waktu ini Singapura mempunyai penduduk sekitar 5 juta orang dengan 75 peratus warganya adalah keturunan Tionghua. Agama Islam kini menjadi agama kedua terbesar selepas agama Buddha.



Sumber: TribunNews.com

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum, sy dr Johor. Berminat nak jadi bilal di Singapore. Ada tak contact ajk or imam di masjid2 di Singapore utk sy buat rujukan. Terimkasih ya

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...