Jumaat, 28 September 2012

Kepentingan Hutan Paya Bakau

Paya bakau merupakan hutan semulajadi di kawasan pasang surut air laut . Mempunyai tanah berlumpur serta bersifat malar hijau sepanjang tahun, paya bakau merupakan antara ekosistem yang penting bagi kawasan pinggir pantai. Paya bakau merupakan anugerah yang tidak ternilai harganya. Mungkin tsunami 2004 yang melanda Banda Acheh dapat dikurangkan jika kawasan pinggir pantainya dipenuhi dengan hutan paya bakau,yang mampu menyerap tekanan dan kuasa tsunami yang hebat itu. Namun itulah ketentuan dan ujian Allah. Jom kita lihat kepentingan hutan paya pakau.
 
 



Habitat Dan Ekologi Hidupan Marin dan Fauna lain
Sifat hutannya yang agak padat serta malar hijau sepanjang tahun sangat sesuai bagi hidupan laut. Sifat tananya yang berlumpur dengan akar bakau yang berselirat dan timbul itu merupakan habitat hidupan marin pinggir pantai seperti ikan, ketam, udang, kerang dan pelbagai jenis siput.Keadaannya yang sentiasa berair sangat sesuai bagi ekologi hidupan marin. Malahan terdapatnya hidupan lain seperti monyet dan burung yang turut mendiami kawasan paya bakau. Malahan paya bakau juga merupakan tempat pembiakan burung penghijarah yang biasanya datang jauh dari hemisfera uata atau selatan, demi mengelakkan musim sejuk di tempat asal mereka


Penampan tsunami dan angin kencang
Hutan pakau bakau boeh mempengaruhi pergerakan angin dari laut. dengan litupan dikawasan pinggir pantai angin yang kencang boleh dikurangkan dengan adanya paya bakau. Paya bakau juga boleh mengurangkan tekanan gelombang lautan yang hanya disedari kepentingannya selepas tsunami tahun 2004. Malaysia juga tidak terlepas dengan tsunami tersebut yang membadai kawasan laut negeri-negeri pantai barat Semenanjung Malaysia yang telah mengorbankan 68 nyawa, serta ratusan ribu yang lain diseluruh dunia termasuklah paling ramai di Indonesia.Paya bakau berperanan sebagai benteng semulajadi yang menghalang hempasan tsunami ke kawasan yang lebih jauh.


Penambak laut Semulajadi
Paya bakau dengan sifat akarnya yang timbul boleh memerangkap tanih dan lumpur.proses enapan akan berlaku yang membolehkan semua sisa lumpur terperangkap dan enapan yang berterusan akan memperluaskan kawasan paya bakau, semakin lama semakin besar .Ini membolehkan kawasan daratan bertambah.namun ambil masa sedikit kerana enapan mengambil masa yang panjang sebagai penambak laut.

Kayu bakau pelbagai kegunaan domestik dan perindustrian
Kayu bakau memang sudah popuar sebagai bahan binaan, kayu arang, kayu api, menyamak kulit haiwan . Sifatnya yang tahan serangan serangga perosak, tahan perut dan kulat membolehkan kayu bakau digunakan sebagai cerucuk. Cerucuk merupakan bahan asas, atau tapak bagi tiang rumah atau bangunan, yang ditanam, sebelum lapisan atas cerucuk dilapisi simen dan besi untuk menaikkan tiang. Malahan bagi jenis Rhizophora dan Brugiera boleh digunakan untuk membuat bot jika cukup umur dan matang.


Hutan Bakau untuk eko pelancongan
Hutan paya bakau merupakan aset pelancongan negara. Industri pelancongan berasaskan ekologi alam sekitar, merupakan konsep yang sangat popular di seluruh dunia. Pelancongan dari barat dan Jepun terutamanya suka kepada keindahan alam semulajadi. Paya bakau mampu menjadi pilihan pelancongan kerana keindahan serta sifatnya sebagai habitat hidupan marin serta fauna seperti burung penghijrah. Malahan terdapatnya juga serangga unik seperti kelip-kelip yang pastinya akan menjadi pilihan pelancong
lovehijau

1 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...