Selasa, 25 September 2012

Pemain bola sepak yang menggunakan gajinya untuk menyelamatkan masjid

Ini adalah kisah mengenai seorang pemain bola sepak Islam yang patut kita contohi. Beliau, Frederic Kanoute telah menganut Islam sejak berusia 22 tahun. Kira-kira pada tahun 2007, Kanoute membayar lebih daripada $700,000 ataupun hampir setahun daripada gajinya untuk membeli, ataupun dengan kata lain menyelamatkan sebuah masjid di Seville yang hampir-hampir ditutup.
 
 Frederic Kanoute
Pemain bola sepak yang menggunakan gajinya untuk menyelamatkan masjid - Terbakor 




Pemain bola sepak yang menggunakan gajinya untuk menyelamatkan masjid - Terbakor 

Pemain bola sepak yang menggunakan gajinya untuk menyelamatkan masjid - Terbakor 

Pemain bola sepak yang menggunakan gajinya untuk menyelamatkan masjid - Terbakor

Frederic Kanoute tolak pakai jersi logo judi

Kanoute telah dilahirkan pada 2 September 1977,beliau merupakan bekas kapten untuk pasukan negara Mali. Kejayaan Terbesar didalam karier beliau sudah semestinya memenangi African Footballer of the year pada tahun 2007. Beliau dilahirkan di Perancis, mempunyai ibu berkerakyatan Perancis dan bapa berkerakyatan Mali.Memulakan karier beliau di Lyon,kemudian berhijrah ke Liga Perdana Inggeris bersama West Ham. Pada tahun 2003 beliau telah berpindah ke Tottenham Hotspur dengan yuran perpindahan sebanyak £3.5 juta pound sterling. Beliau telah menjaringkan 14 gol sepanjang dua musim bersama Tottenham. Pada tahun 2005 beliau telah berpindah ke Sevilla dengan yuran perpindahan sebanyak €6.5 juta . Pada tahun 2012 beliau telah berpindah ke kelab Chinese super league Beijing Guoan.

Beliau telah menganut agama Islam sejak beliau berusia sekitar 22 tahun. Kira-kira pada tahun 2007, Kanoute membayar lebih daripada $700,000 ataupun hampir setahun daripada gajinya untuk membeli, ataupun dengan kata lain menyelamatkan sebuah masjid di Seville yang hampir-hampir ditutup.

Semasa bersama Sevilla beliau telah mencetuskan kontroversi dengan menolak untuk memakai jersi Sevilla yang mempunyai lambang syarikat perjudian 888.com. Sevilla akhirnya akur dan memberi jersi khas untuk Kanoute.

Kanoute juga aktif dalam aktiviti kebajikan. Beliau telah menubuhkan “Kanoute Foundation” bagi membantu kanak-kanak miskin di seluruh dunia. Beliau juga turut menubuhkan Mali children Village bagi membantu kanak-kank di negranya sendiri.

Sumber : Skrap Bola

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...