Selasa, 25 September 2012

Caraa Meminang Yang Sempoiiiiiiii

ustaz wan ji
menceritakan pengalamannya di facebook

Masa orang datang minang adik perempuan aku dulu.. bapa aku suruh aku urus majlis pinangan itu...

wakil lelaki berpantun.. aku tak pandai nak balas pantun, sbb tak sempat nak rangka... jadi aku pun cakap, "straight to the point"

"kami datang nak meminang"

"ya, saya tau..."

"macam mana kira ni?"
 
 
 
 
 

"oklah, saya terus buat keputusan je la..kadar mas kahwin tu ikut budaya setempat la.. tp hantaran kami tak letak.. nak bagi, kami ambil.. kalau tak bagi, kami tak kisah.. kalau rasa tak cukup duit, bgtau kami, nanti kami tolong top up"..

wakil lelaki semua jem... diam hampir 5 minit.. saling tengok muka masing2.

bapa aku menyampuk, "kami nak ikut islam, kami tak nak ikut budaya melayu".

seorang pak haji dari wakil lelaki bercakap, "Senang nyeee..."

aku jawab, "islam suka yang mudah-mudah.. jgn susah2kan.. kalau si lelaki rasa tak ada duit, bgtau saya.. nanti saya cuba bantu sekadar yang mampu"..

perbincangan itu tidak sampai 15 minit, dan makanan pun dikeluarkan.. aku pun masuk bilik, tidur, sbb malam tu tak tidur...

alhamdulillah, sekarang adik dan adik ipar aku dah ada seorang anak... aku bangga...
 
OPEN : Mudah dan menepati kehendak ISLAM ustaz....... terbaik
 anakmuaallaf.blogspot
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...