Jumaat, 21 September 2012

Resepi -Dalca Ayam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak dalca ayam,hahhhh jangan pelik pulak ya. Biasanya mmng orang masak dalca daging je, kali ni saja je masak macam ni sbb nak gayakan dngn nasi minyak dan ayam baka


BAHAN-BAHANNYA :-)




  • 1/2 ekor ayam, dipotong kecil (agak2 lah yea, tapi jgn kecik sgt), cuci dan toskan
  • 3 biji kentang, kupas, belah 8 setiap satu, rendam
  • 1 batang lobak merah, dipotong baji, rendam
  • 10 tangkai kacang panjang, kerat pendek
  • 2 biji tomato, belah 4 setiap satu
  • 1 biji terung bulat, buang sedikit kulit dan dadu besar, rendam
  • 5 biji pisang muda, buang sedikit kulit luarnya, hiris sederhana tebal, rendam-Yatie tak letak
  • 1 cawan kacang dhal, rebus hingga empuk, tos dan asingkan airnya
  • 2 biji cili merah, belah dua
  • 2 biji cili hijau, belah dua
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 cawan pati santan
  • 2 camca besar cili kisar
  • 4 camca besar rempah kari daging (Baba's)
  • Garam dan gula secukup rasa
BAHAN TUMIS :-)
  • 4 biji bawang merah, hiris
  • 2 ulas bawang putih, hiris
  • 2 pelepah daun kari, dilurut
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih
BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3/4 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh bahan kisar halus dengan rempah kari, kacau rata hingga menjadi pes. Ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing. Masukkan pes rempah kari dan terus memasak hingga rempah garing dan terbit minyak. Guna api sederhana dan kacau selalu.
  2. Masukkan ayam, kentang, pisang dan lobak merah. Gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang air secukupnya (juga air rebusan kacang dhal). Kacau rata dan masak hingga kentang empuk. Masukkan asam gelugor. Biar mendidih.
  3. Tambah kacang dhal, kacang panjang, terung dan santan. Kacau dan biar mendidih. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Akhir sekali masukkan tomato dan cili merah/hijau yang dibelah. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi kegemaran anda atau roti canai, lempeng dan sebagainya    - yatiememories

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...