Selasa, 18 September 2012

12 Makhluk Lautan Yang Pelik Dan Unik


Ikan ini dinamakan Nepolean Wrasse.unik kerana berwarna biru,habitat terdapat di Australia dan New Zealand.Unik kerana mampu menukar-nukarkan jantina mengikut keperluan persenyawaan. Semakin terancam akibat aktiviti penangkapan serta pencemaran.Diiktiraf sebagai haiwan di batuan karang terbesar di dalam kelasnya.


    

Ketam Kiwa, merupakan ketam yang hidup di kedalaman sehingga 5000 kaki. Ditemui 2 kali sejak 2005,dikatakan wujud sejak 12 jta tahun dahulu sehingga sekarang.



Merupakan obor-obor yang dinamakan CrossotaNorvegica ,tinggal di kedalaman 2000 kaki atau 800 meter di dasar lautan Atlantik.



Seadragon Leafy, atau Naga Daun Laut. Habitat, satu-satunya, hanya di Australia, di selatan negara kanggaru itu.Tinggal di kawasan rumpai laut, Semakin terancam akibat pencemaran, saiznya? Mampu mencapai 20cm.Memakan plakton sebagai makanan utamanya.



Sotong Pontianak, merupakan haiwan unik yang mampu mengeluarkan cahaya,namun tidak berbahaya dan hanya mampu membesar sehingga 1 kaki sahaja, setakat ini direkodkan sotong ini memenag pernah ditangkap dan dibela di akuarium, namun hayatnya hanya mampu bertahan 2 bulan sahaja. Habitat asal dikedalaman 900 meter di dasar laut. Banyak Monterey Bay USA.



Siput Flamingo Tounge,siput unik, berwarna, namun sebenarnya itu bukan cengkerang, sebaliknya kulit, memakan batu karang.Habitat di Lautan Atlantik, Lautan Carribean,Teluk Mexico dan Segi Tiga Bermuda. Habitat hanya di kedalaman 29 meter,ramai penyelam tersilap dengan mengutipnya sebagai siput, akhirnya tersilap kerana warna itu sebenatnya adalah kulitnya.Cengkerangnya? di dalam kulitnya!



Sotong ini dikenali dengan nama Sotong Bioluminecent.mampu mengeluarkan cahaya dan dijumpai di Teluk Maine,Lautan Atlantik di USA,habitat di kawasan lautan dalam,menggunakan cahaya sebagai tarikan untuk memakan ikan kecil.


Marrus Othocana,sejenis obor-obor,habitat di kedalaman 200 meter sehingga 800 meter di dasar laut dengan suhu sehingga 4 C0


Dikenali sebagai Sea Angel.merupakan sejenis siput laut yang unik dijumpai di lautan dalam Antlantik,lebih kurang macam plakton jugak.



Merupakan sejenis cacing laut,dinamakan Christmas Tree Worm,uniknya 'cabangnya' merupakan sistem pernafasan serta makanan.Tinggal di dalam tiub karang dan hanya 'kembang' bila merasakan dirinya terancam,dijumpai di Taman laut Great Barrier Reef,Australia. Cantikkan?



Cacing sotong,berbentuk sotong,namun ianya sejenis cacing laut yang dijumpai di Lautan Sulawesi.



Sejenis gamat@ timun laut, dijumpai di lautan dalam lautan Kepulauan Borneo.Uniknya dinamakan pink sea through fantasia,seksi ke? ,uniknya ciptaan Allah.
lovehijau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...