Rabu, 26 September 2012

Resepi - Asam Pedas

Bahan A (kisar)

3 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
12 tangkai cili kering
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih






Bahan B (tumis)

1/2 biji bawang merah (dihiris)
1 sudu teh halba
4 helai daun kari
sedikit belacan

Bahan C

4 ketul ikan tenggiri
1/2 cawan air asam jawa
1 batang serai
1 tangkai bunga kantan
Daun kesum
Garam
Gula

Cara Memasak :

1. Panaskan minyak, tumis bahan tumis.
2. Kemudian masuk bahan kisar. Masak sehingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan asam jawa, serai, bunga kantan dan daun kesum.
4. Masak sehingga mendidih, kemudian diikuti ikan, garam dan gula secukup rasa.
5. Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba
resepienakdesablog

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...