Isnin, 10 Ogos 2015

Nikmat Bercinta Selepas Nikah


3 Nikmat Bercinta Selepas Nikah

Tanggapan perlu mengenali pasangan dengan lebih mendalam, barulah dapat hidup bersama sehati sejiwa sehingga akhirnya sering dijadikan alasan untuk membuktikan bahawa bercinta itu lebih penting sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Walhal, tanpa tempoh percintaan, tanpa ‘acara berdating’ atau keluar bersama yang panjang sekalipun, boleh membuahkan hasil perkahwinan yang lebih manis. Lebih banyak keseronokan yang boleh dirasai oleh pasangan, dan itu kita namakan bercinta selepas kahwin.




LEBIH SAYANG
Indahnya bercinta hanya benar-benar dapat dirasai bagi orang yang benar-benar menghargai sesuatu perhubungan. Ungkapan “Aku Cinta Pada Mu” lebih terasa ‘nikmatnya’ kerana ternyata ungkapan tersebut lebih ikhlas. Rasa kasih juga lebih bermakna dan meninggalkan kesan kerana sudah ada ikatan yang sah berbanding masih memegang status kekasih yang belum tentu menjadi milik sepenuhnya.
ELAK MAKSIAT
Bergelar isteri atau suami yang sah sudah tentu tidak perlu membatasi pergaulan. Adegan peluk, berpimpin tangan dan sebagainya lebih bahagia tanpa perlu rasa takut atau segan. Apabila bergelar kekasih, mana mungkin anda boleh keluar berdua apatah lagi menunjukkan kemesraan seperti orang yang sudah berkahwin.
TIDAK RUGI
Apabila anda bercinta bagi nak rak, tiba-tiba putus di tengah jalan… Kebanyakan orang akan menyalahkan takdir mahupun diri sendiri. Bukan saja wang banyak dibazirkan tetapi maruah juga sudah tinggal ‘sisa’. Lebih teruk lagi, ada yang gagal menerima kenyataan lalu membuat keputusan yang tidak sepatutnya seperti membunuh diri. Apabila mempunyai hubungan yang sah, kebanyakan masa yang dihabiskan sangat bernilai dan pastinya anda tidak rugi apa-apa.
Walau sekuat mana pun rasa cinta yang ingin ditunjukkan, tak kisahlah sama ada mahu disamakan dengan cinta Shah Jahan dan Mumtaz sekalipun, cinta suci yang didorong rasa takut adalah lebih baik dan lebih kekal. Berbanding cinta yang berlandaskan nafsu. Ingatlah bahawa cinta yang agung hanyalah untuk Allah SWT.
Jika kita hanya mengenali pasangan selepas berkahwin, jangan rasa gusar. Dengan izin Allah mungkin kita akan merasai manisnya hubungan itu lebih daripada mereka yang telah bercinta bertahun-tahun lamanya. (1937)
www.bercintaselepasnikah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...