Kisah Mualaf Yang Menemui Jawapan Dalam Al-Quran |
Seperti yang umum mengetahui, kitab suci Al-Quran sememangnya sebuh
kitab rujukan lengkap yang mempunyai jawapan kepada segala persoalan,
terserah kepada kita untuk mencari atau sebaliknya.
Ramai
orang bukan muslim yang memeluk agama Islam setelah membaca terjemahan
Al-Quran mengikut bahasa ibunda masing-masing. Termasuk juga saudara
baru kita yang berkongi kisahnya seperti berikut:
Saya
dibesarkan dalam persekitaran konservatif-evangelis dan telah (sejak
umur yang masih muda) mengadaptasi pandangan tersebut sebagai pandangan
sendiri. Saya kerapa bercakap dengan bersungguh-sungguh mengenai
kepercayaan Kristian dan peranannya dalam kehidupan saya. Walaupun
begitu kuat pegangan saya, saya tidak pernah rasa begitu rapat dengan
Maha Pencipta dan keliru dengan percanggahan yang terdapat dalam kitab
Bible dan teologi Kristian. Tentang Islam dan orang muslim pula, saya
tidak pernah beri mereka perhatian dan melihat mereka sebagai sesat dan
ancaman kepada agama Kristian.
Selepas
itu, semasa saya kemudiannya membaca Al-Quran, saya telah menjumpai
jawapan kepada banyak persoalan dan mendapati Islam adalah merupakan
satu bimbingan yang suci untuk manusia sejagat. Dalam tahun-tahun
terakhir saya di sekolah tinggi, saya telah mengambil keputusan untuk
membaca Al-Quran. Saya berasa kitab tersebut, yang telah banyak
membimbing ramai manusia dan telah mempengaruhi banyak peristiwa di
dunia berhak dibaca oleh saya. Ketika saya membaca Al-Quran saya mulai
sedar akan banyak persamaan di antara kitab tersebut dengan kitab-kitab
yang saya biasa baca (Bible). Saya terkejut dengan nabi yang sama,
peristiwa dan pengajaran yang didapati dalam kedua-duanya. Tetapi apa
yang lebih memeranjatkan adalah apabila saya mendapati terdapat
pengajaran tentang kasih sayang, persaudaraan, amal dan kemaafan di
dalam Al-Quran
Saya
membaca surah-surah mengenai pengambilan anak yatim sebagai anak
angkat, perlidungan wanita dan kanak-kanak, memberi makan kepada fakir
dan juga belas ihsan ketika di medan perang. Segala penulisan ini begitu
menyentuh hati saya dengan mendalam dan saya mendapati diri saya mula
membentuk satu pendapat yang sangat baru mengenai muslim dan agama
Islam. Selain itu, saya juga mulai memahami surah-surah tertentu
daripada Al-Quran yang pernah diambil di luar konteks atau digunakan
untuk memfitnah agama secara tidak adil. Dengan konteks yang baru saya
dapati Al-Quran adalah benar dan lurus yang tiada dalam agama Kristian.
Saya
mula memahami mengapa nabi yang baru diperlukan dan diutuskan sebagai
panduan yang jelas yang tiada dalam kitab-kitab lain. Dari titik
permulaan ini, saya mula melakukan kajian saya sendiri mengenai
topik-topik seperti falsafah Islam, teologi Islam dan Nabi Muhammad
(S.A.W). Buat pertama kalinya dalam hidup saya berasa seolah saya nampak
segala kepingan teka-teki keagamaan yang berkecamuk sebelum ini
bercantum dengan cantik sekali.
Amat
menakjubkan apabila banyak bebanan yang sering saya tanggung semasa
menjadi seorang Kristian mulai diangkat dari saya apabila saya semakin
banyak belajar mengenai Islam. Agama tersebut menerangkan mengenai
penyalahgunaan ajaran seperti mempercayai tiga tuhan, penjelmaan Tuhan,
kelahiran Jesus secara fizikal, dan juga penyaliban. Saya mula nampak
bagaimana pandangan-pandangan ini (asas kepada agama Kristian) tidak
lebih dari sekadar pengaruh manusia terhadap wahyu yang diturunkan dan
adalah amat menyeleweng.
Saya
mula mempelajari tentang keajaiban Nabi Muhammad (S.A.W) dan keajaiban
ciri-ciri Al-Quran itu sendiri, saya nampak bagaimana ajaran Islam
bersifat revolusioner untuk masa mereka dan dapat seiring dengan
sempurna bersama sains moden dan pengetahuan.
Pada
masa ini saya memutuskan, sebenarnya, ingin menjadi seorang muslim.
Bermula dari situ saya mengucap dua kalimah syahadah dan sekarang telah
menjadi seorang muslim sejati. Ketika saya menyesal dengan kehidupan
masa lalu, saya bersyukur kepada Allah setiap hari kerana memberikan
saya peluang untuk mencari-Nya dan diselamatkan daripada api neraka.
Saya tidak pernah berasa sepuas ini dalam hidup saya.
http://azyumiko.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan