KUASA LAYANAN PEREMPUAN
Kaum
lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari
perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang
disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja
mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan
dipenuhi dengan mudah.
KUASA DOA PEREMPUANDoa
perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih
kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw: "Doa ibu itu lebih
cepat makbul." Orang bertanya:"Kenapa ya Rasulllah?" Jawab baginda :
"Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak
akan sia-sia."
KUASA TAQWA PEREMPUANKetaqwaan
adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua
masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi
Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan
dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.
Kuasa taqwa lebih mudah
diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang
ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal
yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya
berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan
ujian.
Kekuasaan taqwa ini pula adalah kemuliaan yang diberikan oleh
Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk
menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti
dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki,
kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut
perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian
melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.
Kemuliaan
perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum
lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw:
"Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di
air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar
baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan
diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya.
http://tendernvulnerable.blogspot.com/2
Tiada ulasan:
Catat Ulasan