Salam sejahtera
Teruja nak berkongsi resepi pencuci mulut yang sangat-sangat sedap & mudah untuk dibuat.
Ni la kuih yang saya sukaaa sangat! |
Sebenarnya dah 2x saya share di facebook
saya. Kali pertama adalah beberapa bulan lepas...ibu mertua saya bawak
balik dari kenduri jiran. Masa tu saya dalam pantang, jadi jiran
bekalkan makanan untuk saya yang seorang diri di rumah. Kali pertama
makan kuih tu.. Ya Allah serius rasa 5pcs pun tak cukup. saya minta mil
tanyakan makcik tu resepinya.
Tak lama selepas tu makcik suami yang
tinggal berhampiran pun buat. Ok, serius rasa jeles & tak sabar nak
buat sendiri. Akhirnya berjaya jugak korek resepi dari makcik suami
tu..hehe
Dan beberapa hari lepas, suami mengajak
saya balik ke rumah mak saya di Sg Tengi untuk menziarahi kakak ipar
saya yang baru kuar wad selepas menjalani pembedahan. Pagi-pagi selepas
subuh, dia meminta saya & mil buat kuih ni untuk dibawa ke rumah mak
nanti.
Ok, ni resepinya:
LEPAT CENDOL
(anggaran 50 bungkus)
Bahan-bahan:
1 bungkus cendol (boleh agak2 nak banyak mana ikut citarasa)
1 cawan tepung jagung
4 cawan santan kelapa( tidak pekat & tidak cair)
4sudu gula
Secubit garam
Daun pisang (dipotong seperti bungkus lepat)
Cara-cara:
Masak santan, tepung jagung, garam, gula
sehingga betul-betul masak. Pastikan ia dimasak sehigga pekat &
agak kilat. Semasa memasak, api hendaklah kecil & kacau laju-laju
supaya ia tidak berketul.
Masukkan cendol dan teruskan mengacau sehingga cendol sebati.
Tutup api
Boleh bungkus seperti lepat. Boleh juga disimpan didalam bekas dadih kecil2 yang comel tu.
Simpan di dalam peti ais. Tak perlu
dikukus atau dipanggang dsb. Bila dah sejuk masukkan terus dalam peti.
Sedap dimakan semasa sejuk.
Sekian...
Selamat Mencuba!!
http://umminuma.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan