Setiap kali nak bersiap ke pejebat atau keluar berjalan, wanita akan ambil masa beberapa minit termenung depan almari. 
 
 
Ada banyak sebab yang berkait dengan masalah ini, antaranya, terlalu banyak pilihan atau mungkin sukar nak cari baju yang sesuai setiap hari.
 
 
Adakah anda sedar yang sebenarnya anda sudah mempunyai baju terlalu banyak? Tak percaya dan masih rasa tiada koleksi terbaru? Ok, jom kita lihat tanda-tanda seseorang yang mempunyai baju melebihi had...
 

1. Almari tak boleh ditutup 

Bukan sebab pintu rosak, tetapi kerana terlalu banyak baju yang disumbat. Sampai kadang, buka pintu baju-baju terus jatuh tergolek di bawah. 
 

2. Gembira jumpa baju yang lama tidak dipakai

Sesekali hujung minggu, anda berpeluang untuk susun baju di dalam almari. Tetiba boleh jumpa baju yang 2 tahun sudah tidak dipakai di ruang paling ceruk dan bawah, bukan ke rasa teruja? Cuba pakai dan masih muat. Ya, itu sebab banyak koleksi dalam almari.
 

3. Asyik beli penyakut baju 

Beli baru sebab nak sangkut baju yang tidak boleh dilipat. Terus sangkut di mana yang sesuai. Itu tanda paling nyata yang baju anda sudah banyak!
 

4. Susunan baju tidak teratur

Main letak dan janji boleh masuk dalam almari. Anda sebenarnya kena beli almari baru, bukan main sumbat. Nanti kalau pasangan cari barang dia tak jumpa, lagi jadi parah. 
 

5. Kena asingkan ikut jenis

Tetiba anda rajin susun jenis pakaian antara yang kecil dan besar. Sebab kalau bercampur, boleh jadi 'pakaian kecil' hilang setiap hari. Banyak sangat dah tu baju...
 

6. Ambil masa pilih baju

Siap dengan termenung dan gali bali baju yang disusun menyebabkan anda buang masa untuk bersiap. Bukan ke ini satu bukti yang anda sudah terlalu banyak ada baju? 
 
 

7. Ada semua warna 

Setiap kali ada jamuan makan atau memerlukan anda pakai ikut tema, anda punya baju. Semua jenis warna ada cuma yang bezanya jenis potongan dan jenama. Banyak sungguh ni!
 

8. Baju baru tak muat

Banyak sangat koleksi yang dibeli sampai kadang diri sendiri lupa ada baju baru yang belum dipakai. Sampai masa, nak cuba pakai baju itu pula tak muat. Tidak ke rasa kecewa? Daripada anda membazir, lebih baik anda fikir dulu sebelum beli pakaian baru. 
 

9. Buang yang lama, dapat yang baru

Sampai terpaksa buat jadual untuk membeli-belah dengan pasangan. Ya, elok juga sebulan sekali anda kemas almari dan sedekahkah baju kepada orang yang lebih memerlukan jika anda jenis suka pakai baju baru. 
 
 

10. Kenal dengan penghantar baju

Ini sebab terlalu banyak order, penghantar barang pun sudah boleh cam muka anda. Pelanggang tetap, katanya! 
 
 
 
Anda masih rasa tidak ada baju untuk dipakai? Wanita, jangan terlalu ikut kehendak ya. Fikir dulu sebelum masuk pasar raya dan setiap kali berniat mahu beli cara online. Cukuplah sekadar cuci mata jika rasa nak puas tengok pakaian baru. 
mingguan wanita