Dan lebih teruk lagi jika kita mula mengambil ubat penahan sakit dengan kerap setiap kali migrain. Ini bukanlah satu perkara yang baik. Dikatakan selepas beberapa ketika, badan kita tidak lagi bertindakbalas dengan ubat penahan sakit. Ubat tahan sakit tidak akan membantu lagi.
Untuk alternatif yang selamat dan berkesan, apa kata cuba tips dan petua berikut:
Cara menghilangkan migrain
Bahan-bahan:- Sedikit kulit lemon
- Jus perahan lemon
- Garam Himalaya
Cara-cara:
- Campurkan jus dua lemon dengan beberapa kulit lemon dalam mangkuk
- Masukkan bersama-sama dengan kira-kira dua sudu besar garam Himalaya
- Campur dalam segelas air
- Cuba untuk minum semuanya dengan sekali teguk kerana rasanya yang tidak berapa sedap.
Kami tidak janji petua ini menjadi, cuma tidak salah mencuba bukan? Kalau ada yang sudah mencuba dan menjadi, sila beritahu kami juga!
*Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi, ambil garam dalam kuantiti yang berpatutan
siraplimau
Tiada ulasan:
Catat Ulasan