Tahukah Anda Kenapa Kucing Makan Rumput?
Kucing memakan rumput adalah untuk mengawal hairball ataupun gumpalan
bulu. Memang sifat semulajadi kucing akan mencari rumput untuk buang
hairball dalam perut kerana kalau tidak dibuang, boleh menyebabkan
kucing kurus, hilang selera makan dan sebagainya.
Gumpalan tersebut boleh tersumbat di dalam usu dan juga kolon jika tidak
dirawat dengan segera. Kucing akan makan rumput tersebut, dan akan
memuntahkannya semula bersama gumpalan bulu/hairball.
Dengan memuntahkan hairball, perut kucing anda akan lebih selesa.
Oleh kerana sesetengah pemilik kucing hanya bela kucing dalam rumah,
jadi sesetengah pemilik kucing tidak tahu yang kucing sebenarnya
perlukan rumput.
Sebab itu kadang-kadang kucing di luar rumah lagi ceria dari kucing di dalam rumah!
Kalau kucing anda makan sesuatu yang bukan makanan ruji, seperti kertas,
sayur, plastik, bunga plastik, itu sebenarnya adalah simptom kucing
anda terdesak untuk keluarkan hairball tersebut.
Awas kerana barangan tersebut mungkin membuatkan kucing anda tercekik atau keadaan menjadi lebih teruk.
Tetapi, jika anda secara tiba-tiba hendak dapatkan rumput untuk kucing
anda, berhati-hati dengan rumput di luar rumah, kerana mungkin telah
diracun dengan racun rumpai ataupun mempunyai fungus/kulat yang mungkin
menjangkiti kucing anda.
mynewsvibes.blogspot
Tiada ulasan:
Catat Ulasan