Untuk para pemerhati
nubuwat akhir zaman sekarang ini, nama Ahmad Thomson tentu tidak asing
lagi. Bukunya "Sistem Dajjal" menjadi salah satu buku pegangan "wajib"
bagi umat Islam yang ingin mengetahui konspirasi tangan-tangan besar
penguasa dunia. Ia begitu fasih memaparkan fenomena-fenomena akhir
zaman. Tak disangka mungkin kalau Ahmad Thomson sebenarnya adalah
seorang mualaf.
Ahmad Thomson masuk
Islam 38 tahun lalu. Dilahirkan di Rhodesia Utara (sekarang Zambia),
Thomson menempuh pendidikan dasar serta menengahnya di Rhodesia Selatan
(sekarang Zimbabwe). Masa awal hidupnya, ia lalui di daerah-daerah
terpencil Afrika yang kala itu belum tersentuh peradaban moden, seperti
elektrik, gas, dan saluran air bersih.
Sejak remaja, Thomson
merasa tidak puas pada ajaran Kristian. Ia mula mempersoalkan banyak
perkara seperti, "Jika setiap manusia itu sama di hadapan Tuhan, lalu
mengapa kaum Afrika kulit putih seperti dia harus beribadah di gereja
yang berbeza dengan kaum kulit hitam?"
Soalan lain yang kerap
mengganggunya sebagai penganut Kristian adalah soal ketuhanan Isa. "Jika
Yesus adalah Tuhan, kepada siapa dahulu ia berdoa? Jika Yesus adalah
Tuhan dan disalib, lalu siapa yang menyara syurga dan dunia? Soalan itu
tak pernah terjawab selama aku memeluk ajaran Kristian, "ujar lulusan
Exeter University, Inggeris, ini.
Ketika berusia 12 tahun,
Thomson sampai pada satu titik di mana ia mempercayai Tuhan dan Isa.
"Hanya saja, aku tidak yakin pada gereja." Terhenti pada berbagai soalan
itu, Thomson mulai membaca apa pun dan memikirkan kehidupan yang
dijalaninya sejauh itu. Ia mengunjungi pelbagai kumpulan spiritual dan
cuba meditasi selama beberapa bulan. "Itu menenangkan, tapi sama sekali
tak mengubah gaya hidup saya."
Hingga akhirnya, Thomson
bertemu Syeikh Abdalqadir as-Sufi (tokoh tarbiyah, pengasas Gerakan
Dunia "Murabitun"). Pertemuan itu menjadi awal perkenalannya dengan
Islam, agama yang tak pernah terpikirkan oleh Thomson sebelumnya.
Ketika berbicara dengan
Syeikh Abdalqadir dan mendengar pelbagai perkara yang disampaikannya,
Thomson merasa telah mencari jalan yang ia perlukan. "Sejak itu,
perlahan saya mencari jawapan atas semua soalan yang memenuhi fikiran,"
katanya. Thomson pun rutin mengunjungi pusat kajian Islam Syekh
Abdalqadir. Ia juga membaca The Book of Stranger yang ditulis Sang
Syeikh.
Thomson mengikrrakan
syahadat pada 13 Ogos 1973. Empat tahun kemudian, ia berhaji empat.
Setelah pulang dari haji, ia menyelesaikan latihannya sebagai peguam.
Lalu, pada 26 Julai 1979, ia dipanggil ke Mahkamah England & Wales
dan mula meniti kerjaya di bidang advokasi dan undang-undang Islam.
Thomson meyakini cara
terbaik mengamalkan ajaran Islam adalah memahami dan meneladani
sumbernya, yakni Al-Quran dan Sunah Rasulullah SAW. "Seperti pepatah
yang mengatakan bahawa semakin dekat kita pada sumber mata air, semakin
murni air yang kita minum," ujar lelaki kelahiran Afrika ini.
Pemilik nama kecil
Martin Thomson ini sekarang dikenali sebagai peguam terkemuka di
Inggeris. Ia juga mengetuai Wynne Chambers, badan undang-undang Islam
yang didirikannya pada 1994.
Thomson pertama kali
memperoleh perhatian awam pada 2001, kini tampil dalam sebuah filem
dokumentari berjudul My Name is Ahmed yang menyabet sebuah penghargaan.
Ia pun tampil di filem dokumentari lain, Prince Naseem 's Guide to
Islam. Kedua-dua filem itu ditayangkan di BBC2 pada Ogos 2001. Selepas
itu, wajahnya kerap mewarnai layar kaca dalam pelbagai program,
terutamanya program-program Islam.
Kini, hari-harinya diisi
dengan aneka kegiatan keislaman, mulai dari memberikan ceramah rutin
tentang Islam di berbagai wilayah di Inggeris, menulis untuk Jurnal
al-Kala, sampai menjadi penyumbang tetap dalam persidangan lintas agama
yang digelar setiap tahun di Masjid Regents Park dan Pusat Kebudayaan .
Beberapa buku karyanya yang cukup menggemparkan dan sangat sukar dicari
terjemahannya, buku yang membongkar apa dan bagaimana konspirasi Yahudi
di dunia ini yang berjudul Dajjal the Anti Christ.
*sumber dari islampos.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan