Vladimir Lenin
Vladimir Ilyich Lenin adalah ahli politik dan pemimpin terkenal dari
Kesatuan Soviet pada 1917. Dia meninggal pada 1924. Lenin diserang
stroke beberapa kali setelah ditembak musuh politiknya, Fanny Kaplan.
Sebelum meninggal Lenin sebenarnya berwasiat untuk dimakamkan di samping
makam ibunya. Namun diktator Joseph Stalin tetap membenarkan rakyatnya
untuk menziarahi jasad Lenin. Kerana yang datang makin banyak, maka
kerajaan Kesatuan Soviet memutuskan untuk tidak menanam dan mengawetnya.
Kemudian jasad Lenin disemayamkan dalam peti kaca di Mausoleum Lenin,
yang terletak di Lapangan Merah Moscow. Hingga kini, masih banyak orang
melawat jasad Lenin di Mausoleum itu.
Gereja Ortodoks Rusia telah meminta Moscow untuk menguburkan jasad Lenin
berdampingan dengan keluarganya melalui proposal yang dihantar. Namun
hingga kini tak ada jawapan rasmi dari Kerajaan Rusia.
Kim Il Sung
Bapa pengasas bangsa Korea Utara meninggal pada 8 Julai 1994 kerana
serangan jantung. Jasadnya kemudian dibalsem dan disemadikan di peti
kaca.
Jasad Kim Il Sung kemudian dibaringkan di Mausoleum Istana Kumsusan, Pyongyang yang dirasmikan tepat setahun selepas itu.
Ho Chi Minh
Pemimpin dan pengasas negara Vietnam ini meninggal kerana serangan
jantung pada 2 September 1969 di Hanoi, tepat ketika Dirgahayu Republik
Demokratik Vietnam ke-44. Pada ketika itu masih Perang Vietnam. Jasad
Paman Ho, demikian rakyat Vietnam akrab memanggilnya, dibalsem dan
disemadikan di Mausoleum Ho Chi Minh, di Lapangan Ba Dinh, Hanoi.
Kini Mausoleum Ho Chi Minh masih diziarahi baik oleh warga Vietnam dan pelancong dari luar negara.
mao Zedong
Pemimpin dan pengasas negara Republik Rakyat China (RRC) ini meninggal
pada 9 September 1976. Jasadnya kemudian dibalsem dan ditempatkan di
peti kaca di Mausoleum Mao Zedong, yang terletak di salah satu sisi
Lapangan Tiananmen, Beijing, China
Padahal Mao pernah berwasiat bahawa dia ingin dibakar dan menjadi salah
satu daripada pejabat tinggi China pertama yang menandatangani proposal
bahawa 'Semua Pemimpin Pusat di China dibakar Setelah Mati' pada
November 1956.
Ferdinand Marcos
Pemimpin diktator Filipina, Ferdinand Marcos, meninggal pada tahun 1989
di Honolulu, Hawaii, AS kerana penyakit buah pinggang, jantung dan
paru-paru. Ketika itu Marcos memang sedang dalam pelarian ke luar
negeri.
Akhirnya Kerajaan Filipina membenarkan jasadnya dibawa kembali ke negara
itu pada 1993. Si isteri, Imelda Marcos memperjuangkan agar Kerajaan
Filipina membenarkan suaminya dikebumikan di taman makam presiden. Namun
nampaknya gagal.
Jasad Marcos kemudian diawetkan dan diletak di ruang bawah tanah yang
disejukkan dalam mausoleum peribadi Byodo-In di Pulau Oahu, barat daya
Filipina pada 1996 hingga kini.
Joseph Stalin
Penerus Vladimir Lenin, iaitu Joseph Stalin meninggal kerana stroke-yang
dicurigai diracun dengan racun tikus warfarin oleh salah satu dari
musuh politiknya-pada 5 Mac 1953 dan kemudian dibalsem pada 9 Mac 1953.
Jasad diktator Soviet ini kemudian diawetkan dan diletak di sebelah
Lenin di Mausoleum Lenin hingga 31 Oktober 1961.
Setelah itu Kerajaan Soviet memerintahkan jasad Stalin dipindahkan dari
Mausoleum Lenin dan dikuburkan di Tembok Kremlin. Pekara ini terjadi
pada masa de-Stalinisasi oleh penggantinya ketika itu Nikita Krushcev,
masa di mana mengurangkan dan menghilangkan pengaruh Stalin dari
perpolitikan di Soviet.
Tidak hanya memindahkan jasad Stalin untuk dikebumikan, sejumlah nama
tempat dan nama jalan yang mengandungi kata 'Stalin' pun diubah.
Seperti, Stalingrad menjadi Volgograd, Stalinabad menjadi Dushanbe.
Kim Jong Il
Pemimpin Korea Utara (North Korea) Kim Jong Il meninggal pada usia 82
kerana serangan jantung pada akhir 2011. Pada Januari 2012, Korea Utara
mengumumkan jasad Kim Jong Il diawetkan dan disemayamkan dalam peti kaca
di Mausoleum Istana Kumsusan, Pyongyang, di tingkat di bawah Kim Il
Sung, ayahnya.
Evita Peron
Pemimpin Spiritual Argentina ini meninggal dunia pada usia 33 tahun
kerana penyakit kanser pada 26 Julai 1952. Ketika itu suaminya, Juan
Peron masih berkuasa menjadi Presiden Argentina. Jasad Evita dibalsem
dengan menggantikan gliserin sebagai darahnya dan menurut doktor yang
membalsem, jasad Evita 'tak dikorupsi sama sekali'.
Jasad Evita kemudian dipamerkan dalam peti kaca di pejabatnya ketika
masih hidup selama 2 tahun. Monumen untuk persemayaman Evita sedang
dibina oleh Juan Peron. Tetapi belaku rampasan kuasa. Jasad Evita telah
ghaib secara misteri selama 16 tahun. Dari 1955-1971, kerajaan tentera
yang diktator melarang rakyatnya untuk menyimpan benda yang berkaitan
dengan Evita dan Peron..
Hingga terungkap tahun 1971, kerajaan tentera memindahkan jasad Evita di
ruang bawah tanah di Milan, Itali dengan nama 'Maria Maggi'. Ketika itu
Juan Peron yang sedang dalam buangan di Sepanyol akhirnya membawa jasad
Evita dan disimpan di ruang makannya di Sepanyol.
Peron kembali ke Argentina tahun 1973 dan kembali menjadi Presiden .
Peron meninggal pada 1974 dan terus digantikan isteri ketiganya Isabel
Peron, yang sebelumnya menjadi wakilnya. Akhirnya oleh Isabel, jasad
Evita dan Peron dikebumikan di makam keluarga, Pemakaman La Recoleta.
Hugo Chavez
Presiden Venezuela Hugo Chavez meninggal pada 5 Mac 2013 selepas
berjuang mengatasi penyakit kanser selama 2 tahun . Naib Presiden
Nicolas Maduro mengatakan bahawa jasad Chavez akan dibalsem dan
dipamerkan di dalam gelas kaca dalam Muzium Revolusi yang tidak jauh
dari Istana Presiden Miraflores.
"Kami memutuskan untuk mengawetkan jasad 'Comandante President' agar
sentiasa terbuka setiap waktu pada rakyatnya. Seperti Ho Chi Minh,
seperti Lenin, seperti Mao Zedong," kata Maduro pada Khamis (8/3/2013)
lalu.
Setelah diawetkan, jasad Chavez akan dimasukkan dalam peti kristal di Muzium Revolusi.
Presiden Hugo Chavez sangat dicintai rakyatnya kerana beliau berjaya
menasionalisasi pelbagai syarikat asing di Venezuela, menggratiskan kos
pendidikan hingga perguruan tinggi, serta mengurangkan angka kemiskinan
hingga 75% dengan pelbagai polisi yang pro rakyat miskin. Polisi luar
negeri juga tak luput dari perhatiannya, ia membahagi-bahagikan sumber
minyak Venezuela kepada negara amerika latin untuk mengangkat ekonomi,
Ia juga terkenal sebagai peribadi yang anti Amerika, bahkan Venezuela
dimasa kepemimpinannya keluar dari ahli IMF dan Bank Dunia yang notabene
adalah produk Amerika .
pen patah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan