Salam sejahtera...
Tanpa membuang masa...saya sambung tips mudah tinggal sebumbung dengan ibu mertua.
Bagi yang dah baca boleh sambung baca tips seterusnya ye..
4. SENTIASA MOHON DIPERMUDAHKAN
Sebenarnya, dalam mengharungi hidup kita
memang digalakkan memohon supaya segala perancangan & perjalanan
hidup kita dimudahkan. Sebab kita sebagai manusia hidup bertuhan. Jadi,
mintalah dengan bersungguh-sungguh. Sesungguhnya Dia yang memegang hati
setiap manusia. So, tak mustahil hati ibu mertua akan lembut & mudah
bertolak ansur dengan kita.
5. SENTIASA BERBAIK SANGKA DENGAN IBU MERTUA
Saya percaya, bukan suatu yang mudah
untuk set dalam fikiran untuk sentiasa bersangka baik bila terjadi
sesuatu yang menyakitkan hati lebih-lebih lagi bila ada yang jadi batu
api macam ipar-ipar, biras atau sesiapa pun. Perlu kita tahu, setiap
pergaduhan tak kan berakhir dengan baik jika kita terus menerus bersikap
sarkastik.
6. INGAT ADAT MENUMPANG
Ok, ni pun sangat penting dan ramai para
menantu terutama yg isteri-isteri masih belum sedar diri, Masih leka
dalam donia ciptaan sendiri. Hehe..Ok ni contoh ye.. Isteri yang tak
berapa suka nak tolong buat kerja rumah spt menyapu atau alasan tak
pandai masak. Ok, dah nama pun duduk menumpang (tak kira la uoll bayar
belanja dapur bil semua). Adat menumpang tak kan la duduk goyang kaki
walaupun alasannya tak reti itu tak reti ini. Cuba letakkan tempat kita
pada ibu mertua kita...mesti tak suka orang datang menumpang tapi malas.
Ibu mana yang tak suka bila dapat menantu yang rajin??kan!
7. SENTIASA MEMAAFKAN
Ingat, kita hidup tak lama. Andai kata
Allah cabut nyawa kita masa tengah tidur dengan perasaan kita yang
benci, marah, dendam dengan ibu mertua,ipar..mcm mana?
Nauzubillah...Jadi, its ok to be anger pada sesuatu perkara. Tapi sila
jangan simpan perasaan busuk tu lama2. Bangkai kalau lama2 simpan jadi
apa..... sendiri bayangkan ye hehe
8. WHAT GOES AROUND COMES AROUND
Ini juga penting untuk kita ingat. Somes
says KARMA. Tapi dalam islam kita panngil ia KIFARAH.Terutama untuk
yang ada anak-anak. Anak kecil ni otak dia macam span tau. Dia akan set
dalam minda melalui apa yang dia lihat. Jika kita sebagai ibu bapa beri
contoh yang buruk dan bayangkan jika mereka lihat & set dalam otak
mereka. jadi, jangan persoalkan kenapa mereka abaikan kita bila kita
sudah berusia kelak.
9. BUANG SIKAP PENTING DIRI
Selalu menantu2 zaman moden ni suka ikut
kepala sendiri. Ini adalah tidak bagus ye...Ibarat mengeruhkan lagi
keadaan. Sebagai contoh, saya suka bangun tidur lewat sebab malam tadi
saya tengok vcd sampai pukul 2. Dah tentu ibu mertua saya akan berkecil
hati jika saya bangun lewat kerana dia terpaksa menyiapkan sarapan,
membuat kerja rumah seorang diri. See...!
10. TERIMA KEKURANGAN
Ini lebih kurang tips no 1. Saya details
kan lagi... sebagai contoh ibu mertua saya suka marah anak2 saya bila
mereka bising & suka sepah kan barang. Ok, sebagai ibu mesti la saya
kecil hati. Kalau ikutkan rasa nak pindah je dari sini. Ha mesti ada
yang rasa macam tu jugak kan? Ok, untuk tidak merumitkan lagi
keadaan...sila lah bertolak ansur & terima kerenah orang tua dengan
hati terbuka. Its normal kalau orang tua suka membebel, mudah kecik
hati, suka membezakan menantu yang lain..its normal. At the end of the
day, sampai situ je benda tu. Dunia belum kiamat pun kalau kita tak
layan kerenah mereka.
See... kalau kita fikir2 kan
insyaallah..mudah je nak happy2 tinggal sebumbung dengan ibu mertua ni.
Walaupun pengalaman saya masih baru, tapi macam-macam dugaan &
cabaran yang saya lalui.. Bila saya amalkan beberapa tips diatas memang
berkesan. Memang pada mulanya agak sukar, tapi saya tetap berusaha
sentiasa..dan hasilnya memang menakjubkan!
Bila boleh pilih untuk bahagia..kenapa perlu pilih derita?
http://umminuma.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan