Kelam kabut tengok sesuatu yang tertumpah atau barang kotor, mesti anda
terus tarik tisu. Lagi pun tisu sangat mudah di bawa ke mana-mana
membersihkan sesuatu berbanding bawa kain. Tetapi anda perlu tahu, tidak
semua benda boleh dibersihkan menggunakan tisu sebab hasilnya boleh
merosakkan dan membuat barang yang dilsapu jadi lebih kotor. Jadi apa
lima barang yang tidak boleh dicuci guna tisu? Jom, semak!
1. Cermin mata
Mahal macam mana pun harga cermin mata, kalau sekali anda bersihkan
habuk guna tisu memang boleh calar. Tambah pula, lensa cermin mata
zaman sekarang mempunyai lapisan yang cepat tergores jika di lap dengan
tisu. Nak selamat, lap saja guna kain yang disediakan khusus untuk
cermin mata anda.
2. Perabot Kayu
Debu dan tisu sama-sama memiliki tekstur kasar. Kalau anda guna tisu
buat lap perabot kayu, risiko besar lapisan kayu cepat tercalar. Lebih
selamat anda buang habuk dengan cara lap guna kain basah (cairan
pembersih kayu) atau paling senang guna saja bulu ayam, khas untuk
bersihkan debu.
3. Skrin Televisyen, Komputer & Telefon
Tekstur tisu yang kasar akan calarkan permukaan skrin dengan mudah
kalau anda guna tisu untuk sapu habuk. Sebenarnya anda boleh gunakan
kain microfiber jika skrin kotor dan tambahkan sedikit alkohol agar
lebih bersih.
4. Karpet
Selalu kalau air tumpah atas karpet, laju tangan capai tisu yang ada
dalam poket atau atas meja semata nak lap. Tapi adakah anda kesannya
karpet anda bertambah kotor dan nampak buruk. Menggunakan tisu untuk
membersihkan noda pada karpet. Mestilah tisu yang diguna untuk sapu akan
hancur sebab permukaan karpet sangat kasar.
5. Baju Hitam
Kalau pakaian kotor sekali pun jangan cuba lap guna tisu. Jika anda
menggunakan tisu untuk membersihkan kotoran yang tertumpah pada pakaian
dengan warna gelap, terutama hitam dan biru gelap, serpihan tisu akan
tertinggal pada pakaian. Pernah terbasuh baju sekali dengan tisu dalam
mesin basuh? Nampak tak kesan pada pakaian, satu baju akan dipenuhi tisu
yang hancur. Jadi, cuba elakkan guna tisu untuk lap pada pakaian warna
gelap, ya!
Sekarang anda sudah tahu keburukan menggunakan tisu untuk membersihkan
beberapa barang tidak boleh dipandang remeh. Selepas ini, jangan fikir
nak cepat ya. Kena jaga betul-betul barang yang berharga yang dimiliki,
bukan senang nak dapat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan