Khamis, 27 Ogos 2015

Tips Mudah Bahagia Sebumbung Dengan Ibu Mertua > EPISOD 1

Diam tak diam dah hampir setahun kami tinggal sebumbung. Dalam rumah ni tiada adik beradik ipar yang tinggal bersama(bapa mertua sudah meninggal)..jadi, saya agak selesa. hehe..Ipar-ipar cuma pulang sekali sekali saja...ini seronok! sebab ada geng bersembang hingga larut malam...ada geng masak memasak kat dapur... orang perempuan..biasa la hehe

Di awal tempoh saya mula pindah , ramai kawan saya ragui keputusan yang saya ambil. Tak kurang juga ada ahli keluarga yang persoalkan. Tambahan pula..saya bukan menantu favourite! teet

Saya faham...mereka sayang saya hehe... Ini mungkin disebabkan oleh tanggapan sesetengah orang bahawa ibu mertua vs menantu adalah sentiasa menantu kene beralah..menantu selalu sedih meratapi kesedihan...menantu selalu kene mengalah dengan tindak tanduk mentua..bla bla.. u know..all the negative thing!

Ok..here's the thing...

Yes...at first saya juga beranggapan begitu. Bila suami dengan tiba-tiba menyuarakan perkara ini..saya cuba berlapang dada..berfikiran positif.. dan fikir DUNIA BELUM KIAMAT. Memang bukan satu perkara yang mudah bagi saya yang belum pernah tinggal dengan orang tua sejak habis SPM sehingga selepas kahwin. Ya, ini adalah sangat mencabar bagi saya. Well..i love cabaran!

Sudah -sudah... habis terbebel pulak..

Jadi, sepanjang hampir setahun tinggal sebumbung dengan ibu mertua..saya cuba explore...kenapa sesetengah orang berfikir negatif tentang perkara ni..Sebab tu saya rasa menarik untuk saya kongsikan tips mudah untuk rasa bahagia tinggal bersama ibu mertua...ok tips ni dari pengalaman & hasil eksperimen saya:



1. LAPANGKAN DADA UNTUK TERIMA KERENAH IBU MERTUA
Ok, ni sangat penting. Saya tak nafikan ramai menantu yang payah nak terima kerenah warga emas. Memang kadang-kadang sikap mereka agak memeningkan kepala..banyak ragam...dahagakan perhatian..nak ikut cakap mereka je.. ok2...memang tak dinafikan. Tapi kita sebagai menantu(especially perempuan) WAJIB melebihkan ibu mertua dari ibu sendiri selepas kawin. Jadi, kita WAJIB hormat, sayang, kasih, terima ibu mertua lebih atau sama level macam kita sayang ibu sendiri.  Cuba berlapang dada untuk terima kerenahnya..Inshaallah...lebih mudah urusan.Apa pun semua bermula dari OUR FIRST IMPRESSION. kalau dari awal kita dah pk -ve, -ve la yg akan berlaku. Sebab? sebab APA YANG KITA FIKIRKAN + CAKAP = DOA

2. DIA BUKAN LAWAN! 
Ya, jika kita fikir kita mampu melawan dia dari segi kata-kata, perbuatan... KITA SILAP!!
Sebab? Sebab nya, perbuatan kita tu tak kan membawa kita kemana -mana. Lagi teruk...kita akan dipandang buruk oleh suami, adik beradik ipar mahupun jiran-jiran juga saudara mara yang akan tahu juga cerita tentang sikap buruk kita. See? tak guna nak melawan kan? Maruah kita akan jatuh gedebuk.. orang pun tak suka nak bergaul rapat dengan kita... sudahnya..mesti life jadi macam boringnye.. Bukan kah diam itu lebih baik jika sedang marah??

3. BUAT AKTIVITI BERSAMA
Ini salah satu perkara penting dan saya suka amalkan. Dari mula saya pindah hingga lah sekarang...saya suka join apa yang ibu mertua saya lakukan. Bukan lah semua perkara...sekurang-kurangnya duduk temani dia sambil berbual ringkas. Contoh, ibu mertua saya suka buat kuih tradisional yang melibatkan membungkus mengunakan daun pisang seperti koci, lepat, pepes dll. Ada setengah yang saya tahu(sebab mak saya pun suka masak kuih tradisional).. jadi, saya duduk dan tolong apa yang perlu. Kalau mana yang tak tahu,belajar..Kadang-kadang suasana akan jadi meriah bila kuih tu berbentuk senget atau buruk..mula lah nak lawan sapa buat paling comel.. Contoh lain..masak sama2..menyapu sama2..menonton tv sama2. Walaupun contoh..rancangan tu saya tak minat, tapi saya duduk bersama dan join mengulas haha.. Lagi satu, pentingnya aktiviti bersama ni, kita akan beri contoh yang baik kepada anak2 yang melihat situasi itu. Betul?

http://umminuma.blogspot.com

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...