Rabu, 19 Ogos 2015

Cara Basuh Kereta Yang Betul Yang Jarang Diketahui

Bila sebut tentang basuh kereta, biasanya masyarakat kita lebih gemar menghantar kereta ke kedai car wash atau car wash pandu lalu untuk menjimatkan masa. Hasilnya kadang kala tidak memuaskan malah lebih teruk lagi ada segelintir kereta yang calar balar dan sebagainya. Jadi untuk mendapatkan hasil yang memuaskan, lebih baik basuh sendiri kereta tersebut untuk hasil yang lebih sempurna.

Cara Basuh Kereta Yang Betul Yang Jarang Diketahui
Biasanya masyarakat kita suka membasuh kereta ikut suka mereka seperti di body kereta atau di bonet kereta terlebih dahulu dan seterusnya keseluruhan body baru menyembur dengan air. Ini akan menyebabkan water spot kat cat kereta kerana buih sabun yang kering akan meninggalkan kesan. Jadi di sini dikongsikan cara basuhan kereta yang betul yang dikongsikan oleh Lai Fatt Chua di dinding facebook beliau.
 

Cara Basuh Kereta Yang Betul Yang Jarang Diketahui

1. Guna 2 bucket system: iaitu satu baldi ialah “car shampoo” sahaja manakala satu lagi baldi “rinse water”.
 
2. Selalunya basuh pada tempat yang dijauhi daripada matahari dan semasa kereta anda tidak panas.

3. Kain yang digunakan perlu microfiber towel. Pilihlah wash mitt yang berkualiti. Kain yg digunakan untuk cuci wheels dan rims jangan campur dgn yang digunakan untuk bahagian lain kereta.

Langkah – langkah:
 
1. Guna air tekanan tinggi untuk seluruh kereta

2. Mulai dengan wheels dan rims. Sebiji wheels sekali. Rims boleh dicuci dengan Sonax wheels cleaner

3. Basuh wheels dan rims.

4. Mulai basuh bumbung kereta dan juga tingkap-tinkap kereta. Basuh sekali dah cukup, basuh di tempat sama secara berulangan akan mencalarkan cat kereta anda.

5. Rinse dengan air bahagian bumbung dan tingkap supaya semua bubble sabun kereta hilang. Jangan tunggu sampai basuh seluruh kereta baru rinse sabun kereta kerana sabun yang kering akan menyebabkan water spot kat cat kereta.

6. Teruskan ke bonet, dan bahagian – bahagian lain kereta.

7. Guna air tekanan tinggi untuk rinse bersih seluruh kereta, termasuklah bahagian wheels.

8. Guna air tekanan biasa dengan hose sahaja untuk menyenangkan anda mengeringkan kereta anda nanti.

9. Keringkan kereta anda dengan MF towel.

Bahagian atas adalah cara cuci kereta biasa. Jikalau guna rinseless car shampoo. Bezalah cara cucinya.
Selepas tu bubuh lah wax/sealant unttk melindungi cat kereta anda yang bersih. Kalau anda sibuk, boleh guna spray wax, hanya 10-15 minit sahaja utk seluruh kereta.

Selepas tu, spray lah instant detailer untuk menguatkan rintangan terhadap habuk dan minyak. Selamat mencuba :)
 http://www.nizarazu.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...