1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?
”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”
"Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku"
Jawapan:
Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang
tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu
menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki
ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi
anda juga? Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak
membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi,
perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah
semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri,
tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di
sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat.
Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita
sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan
khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi
juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling
2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?
"Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!"
“Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan
kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!”
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”
Jawapan:
Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang
berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda
perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat
tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan
anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?
Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri
kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik
Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri
kepada yang lebih baik.
Nabi bersabda: Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis
dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal
dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu
sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik
darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka
melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah
atas nikmat yang diperolehinya. (HR At-Tirmidzi)
3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?
"Bertudung ni perlukan keikhlasan…"
“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”
“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”
Jawapan:
Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB
untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak,
suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya
sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan
dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu
ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan
alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar
mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.
Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa
ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun
tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana
secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA
SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia
terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara
zahir. Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK
IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu
menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual,
atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI.
Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila
dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit
kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram
yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata
lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least
dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.
4. Menunggu seru untuk bertudung?
“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung”
“Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang”
“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”
Jawapan:
Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat
baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang
secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa
minggu lagi.
p/s : maaf tidak berniat untuk menyinggung sesiapa.. (bertudunglah anda sebelum anda ditudungkan)
mynewsvibes.blogspot
Tiada ulasan:
Catat Ulasan